Saturday, June 11, 2016

Remaja Elit Bebas Dadah dan Pengurusan Sisa Pepejal

Pelajar yang hadir ketika ceramah ini berlangsung.
Tarikh: 24 Feb 2016 (Rabu)
Masa: 3 PM - 5 PM
Tempat: Dewan Perdana Raja Perempuan Zainab 
Perasmian/Penceramah: Encik Mohd Syahmi Yusop dan Encik Muhd Ruzi B Muhd Selek
Kumpulan Terlibat : Semua pelajar Semenza

Pada jam 3 petang, Encik Mohd Syahmi memulakan majlis sehingga jam 4 petang. Dalam ceramah beliau, beliau telah memperkenalkan jenis-jenis dadah seperti pil kuda, syabu, ganja dan sebagainya. Dalam ceramah ini, beliau benyak menekankan tentang pil kuda kerana remaja sekarang banyak menggunakannya. Beliau bercerita tentang rupa dan sifat pil kuda serta bagaimana pil kuda digunakan dan kesan keatas penggunanya. Beliau juga memberitahu ciri-ciri tempat penagihan dadah dilakukan dan menasihati para pelajar supaya bijak memilih rakan serta menyatakan hukuman keatas para penagih dan pengedarnya.

Aktiviti seterusnya diteruskan pada pukul 4 petang dengan Pengurusan Sisa Pepejal yang disampaikan oleh Encik Muhd Ruzi. Dalam aktiviti itu, beliau memperkenalkan program 3R serta memberitahu cara-cara untuk mengasingkan sampah-sarap. Sebelum aktiviti berakhir, beliau mengadakan kuiz kepada pelajar yang hadir. 

Kempen 3R
Encik Mohd Syahmi sedang menyampaikan ceramah beliau kepada pelajar SMK Zainab.
Encik Muhd Ruzi sedang menyampaikan ceramah tentang kepentingan kitar semula.
En.Syahmi sedang menanyakan sesuatu kepada salah seorang pelajar SMK Zainab
En.Syahmi menyampaikan hadiah kepada para pemenang kuiz. 






No comments:

Post a Comment

nRelate - Posts Only