Saturday, December 25, 2010

Alhamdulillah...Tahniah kepada semua calon PMR SMKZ1 2010

PMR 2010 di SMK Zainab 1 menunjukkan keputusan yang amat cemerlang berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya. GPS mencapai 1.20 berbanding dengan tahun lepas iaitu 1.36 . SMKZ1 menduduki tempat ke - 8 di Kelantan dan tempat yang ke - 5 di PPD Kota Bharu.
Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang telah mencapai straight A seramai 115 orang.

Semoga tahun depan SMKZ1 terus cemerlang..!!

Tuesday, November 30, 2010

Mesyuarat2 Guru Semasa Musim Cuti Sekolah 2010

MAKLUMAN UNTUK SEMUA GURU SMKZ (1): MESYUARAT GURU KALI KEDUA

Mesyuarat Guru Kali KEDUA akan diadakan pada 16 Disember 2010  (Khamis)
Semua guru diwajibkan hadir demi  mencemerlangkan lagi SMK Zainab (1) pada tahun hadapan .

Thursday, November 11, 2010

Majlis Makan Malam SMKZ1 2010 Paling Berprestij..

Tarikh : 9 November 2010 (Selasa)
Masa  : 8.00 malam
Tempat : Grand Ballroom , Hotel Renaissance , Kota Bharu, Kelantan

Badan Kebajikan Staf SMKZ1 2010 telah menganjurkan Majlis Makan Malam Semenza di Grand Ballroom, Hotel Renaissance. Majlis makan malam kali ini merupakan majlis makan malam yang paling berprestij kerana pada majlis ini guru dan staf telah mendapat tiga jenis 'door gift' sekali gus . Manakala cabutan bertuah pula bernilai puluhan ribu ringgit yang membuatkan guru dan staf amat teruja.

Banyak cabutan2 bertuah yang menarik dan antara yang paling menarik ialah 2 Pakej Umrah , sofa, cincin berlian, cincin perak, jam tangan, dan kamera digital. Selain itu banyak lagi cabutan2 bertuah yang lain seperti tupperware, periuk nasi, termos, set masakan, pembakar elektrik, vantage, powermax penjimat minyak kereta dan bermacam2 lagi..

                            Penaja utama Annual Dinner 2010 pengetua dan suami
                         Door gift yang disponsor oleh Pengetua
                         Cincin perak untuk guru dan staf lelaki
                       Tokoh Semenza 2010.. Pn Hjh Che Zarah dan Pn Hjh Halimah
                       Insan paling bertuah mendapat pakej umrah..En W Huzaimi dan Adlina
                           Pengetua, PK Hem dan Kak Sham..
                        Antara cabutan2 bertuah ...

Mudah2an tahun depan lebih banyak lagi pakej umrah yang akan di sponsor oleh Pengetua Tersayang...

Sunday, November 7, 2010

Majlis Silaturrahim Murid PMR, SPM dan STPM 2010

Tarikh :  07 November 2010 (Ahad)
Masa  : 1.00 - 3.00 petang
Tempat : Ballroom 2, Hotel Renaissance. Kota Bharu.
Sasaran : Murid Tkn 3, 5 dan 6 Atas

Majlis yang berlangsung dengan harmoni ini bermula pada jam 1 petang dengan ucapan wakil murid, dan diikuti ucapan pengetua, jamuan, persembahan dan cabutan bertuah..Sebanyak 100 hadiah cabutan bertuah disediakan khusus untuk murid2 Semenza .
                    Ustzh Hafizah dan anak2 muridnya
                          Penyambut tetamu
                        Cikgu Nani Afeda dan muridnya
                              GC Biologi Cikgu Ruslina dan muridnya

Majlis berakhir pada jam 3.30 petang..Harapan kami semoga majlis sebegini akan diadakan lagi pada tahun depan dan diharapkan semoga para peserta yang terlibat dengan majlis ini akan lebih menjaga disiplin diri sepanjang majlis berlangsung supaya imej SMKZ1 akan sentiasa terjaga .. Insyaallah..

Friday, November 5, 2010

Selamat Menempuh Peperiksaan Akhir Tahun kepada Murid Tkn 1 & 2

Kepada semua murid Semenza Tkn 1 & 2...selamat menempuh exam akhir tahun 2010 dan pastikan anda mencapai straight A bagi semua subjek . Sesiapa yang besungguh Insyaallah dia akan dapat..

Tuesday, November 2, 2010

SMKZ1 bercuti mulai 3 Nov - 6 Nov 2010

Happy Deepavali kepada semua warga Semenza yang beragama Hindu..warga sekolah akan bercuti mulai 3 Nov (cuti berganti), 4 Nov (cuti mengundi di galas) dan cuti Jumaat Sabtu..

Justeru kepada semua warga Semenza..manfaatkan cuti anda dengan sebaiknya ..kepada semua murid jangan biarkan cuti anda berlalu tanpa membaca buku kerana anda semua sedang berada dalam edah peperiksaan!  Kecuali murid tingkatan 3....

Monday, November 1, 2010

Murid lepasan PMR diperkenalkan dengan mata pelajaran tingkatan 4.

Salah satu daripada program pasca PMR 2010 ialah pengenalan mata pelajaran tingkatan  kepada murid2 lepasan PMR.

Objektif program tersebut ialah supaya murid mendapat pendedahan awal tentang mata pelajaran tingkatan 4, menentukan hala tuju masing-masing dan seterusnya dapat membuat persediaan lebih awal untuk menghadapi peperiksaan SPM 2012 nanti.

Antara mata pelajaran yang di perkenalkan kepada murid ialah mata pelajaran2 kritikan seperti Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan, dan Lukisan Kejuruteraan dan Teknologi Kejuruteraan.

Semoga murid-murid SMKZ1 terus cemerlang dan gemilang dalam peperiksaan-peperiksaan yang bakal dihadapi.Insyaallah.

Sunday, October 31, 2010

Cuti Peristiwa sempena Kemenangan Bola Sepak Piala Malaysia 2010

Hari ini semua sekolah di Kelantan telah diberikan cuti peristiwa oleh Menteri besar Kelantan sempena kejayaan pasukan bola sepaknya (RED WARRIOR) menjadi Juara Piala Malaysia 2010  di Bukit Jalil...Harap2 semua maklumat sampai kepada murid, kakitangan dan guru Semenza.

Saturday, October 30, 2010

Ujian PRA SPM 2010

Sekarang ni pelajar2 Tingkatan 5 sedang berjuang dalam ujian PRA SPM bagi semua tajuk...harap2 semua pelajar berjaya mengatasi soalan Pra ini dan seterusnya mara ke peperiksaan yang sebenar dengan ilmu dan persiapan yang betul2 mencukupi....Insyaallah.

Teruskan perjuangan mu wahai puteri2 Semenza...kalian adalah harapan kami semua..

Syukur Alhamdulillah..

Syukur ke hadhrat Allah swt kerana pencapaian pelajar SMKZ1 alam peperiksaan percubaan SPM baru2 ini amat memberansangkan sehingga mendapat tempat ke 3 dalam kalangan sekolah2 seluruh negeri Kelantan. Ini adalah satu pencapaian yang amat membanggakan seluruh warga Semenza. Bonda Pengetua Cemerlang iaitu Puan Hjh Wan Jah Wan Yaacob telah bermurah hati menjamu nasi Beriani kepada semua guru dan pelajar tingkatan 5 pada hari Ahad (24 Oktober) yang lepas sebagai penghargaan atas pencapaian tertinggi ini.
Harapan kami agar pelajar dapat terus mengekalkan prestasi ini dalam peperiksaan SPM yang sebenar nanti.Insyaallah.

" Sentiasa Mengungguli Kilauan Zaman"

Monday, October 25, 2010

Program Ihya Ramadan SMKZ (1) 2010

Program Ihya Ramadan bermula 1 Syawal 1431 H (10 Ogos - 30 Ogos  2010). Antara pengisian program ialah:
1. Ceramah awal Ramadan
2. Bacaan Yasin dan Solat Hajat
3. Pertandingan Kuiz Ramadan dan Menulis Khat
4. Kutipan tabung Ramadan
5. Ceramah Nuzul Al Quran
6. Tadarus Al Quran
7. Majlis Khatam Al Quran
8. Majlis Masih Ada Sayang (sumbangan zakat dan duit raya utk warga Semenza yang memerlukan)


                                Barisan guru perempuan SMK Zainab (1)

  Penyampaian cenderamata kepada Ustazah Tuan Esah sebagai Pembimbing Majlis
  Para pentadbir, YDP PIBG dan murid bergambar bersama-sama

Sunday, October 24, 2010

Program Bicara Iman Khusus untuk memantapkan sahsiah murid Semenza

Program ini dilaksanakan 3 kali iaitu kali pertama untuk tingkatan 5 dan 6, kali kedua tingkatan 3 dan 4 dan kali ketiga tingkatan 1 dan 2. Penceramah jemputan adalah Dr Hjh Hafidzah bt Mustakim iaitu seorang penasihat Raudhatussakinah. Ceramah banyak menyentuh tentang sahsiah sebagai seorang wanita muslim dan perkara-perkara yang perlu dititik beratkan dan dijaga oleh setiap murid dalam pergaulan seharian.



Friday, October 1, 2010

Majlis Pengurusan Tertinggi


PENGETUA

 

Pn Muhanizah binti Mustapha

B. A (Hons)

Penolong Kanan Pentadbiran


Pn Hjh Wan Marina binti Wan Idris
B Sc Ed (Hons)

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid


Pn Hj Hashim bin Mohamad
B. A (Hons)


Penolong Kanan Kokurikulum


En Mokhtar bin Jaafar 
B Eng, Dip. Edu

Penolong Kanan Tingkatan 6


Pn Che Mahani binti Che Ismail

BA Ed (Hons)

Setiausaha


Pn Fatimah binti Ibrahim


Guru Kanan Bahasa


En Wan Huzaimi bin Wan Ahmed

Guru Kanan Sains dan Matematik


Pn Hasenah binti Ishak

Guru Kanan Kemanusiaan


En Aminuddin Zakaria


Guru Kanan Teknik dan Vokasional


Pn Shellelawate bintii Dollah


Wednesday, September 1, 2010

Sejarah Pembukaan Sekolah Menengah Zainab 1


Z(1)SS, always striving for excellence!

Zainab (1) Secondary School, formerly known as Government Girls English School,  was set up on the 19th of December 1937. The school was situated in Jalan Merbau, using British Resident's houses as its school buildings. During the earlier years, the school catered only for royalty and nobles. Therefore,  one had to be rich and famous to enable her to be accepted to this school. After the world war II, GGES changed its name to Zainab School,  after Her Royal Highness Raja Perempuan Kelantan. Another historical event took place on the 8th of January 1957. On this date Zainab School moved from its original site at Jalan Merbau to its present site at Jalan Telipot. And for more than thirty years, Zainab School , one of the primer schools in Kelantan has created its fame in producing only excellence.



Official Opening Of The New Zainab School, 1957
Her Highness the Raja Perempuan accompanied by the headmistress, Miss Hale, unveiling the plague commemorating the Opening of the school.



HISTORY OF ZAINAB SCHOOL

1937

GOVT. GIRLS ENGLISH SCHOOL
( FOR ROYAL FAMILY AND HIGH STATUS PEOPLE )

1953

ZAINAB GIRLS SCHOOL, JALAN MERBAU.
( OPEN TO ALL )

1957

ZAINAB GIRLS SCHOOL, JALAN TELIPOT.

1958

ZAINAB SECONDARY SCHOOL 

1968

SEKOLAH MENENGAH ZAINAB 

1993

SEKOLAH MENENGAH ZAINAB I




19 Dec 1937

The Government Girl's English School (GGES) was established.It was the second English school in Kelantan after Sultan Ismail College which was founded on 5th Jan 1936.It was located in Jalan Merbau near at the old palace.

1941 - 1946

The school was forced to close due to 2nd world war.

1948 

GGES had 6 classes and total enrolment of 259 students.

1953 

The name of GGES was changed to Zainab School in honour of DYMM Raja Perempuan Kelantan (the late Tg. Zainab binti Tg. Zainal Abidin)

8 Jan 1957 

Zainab School moved to new building which was almost completed at Jalan Telipot (the present location) equipped with 19 classrooms ,one science laboratory, home science room, library, staff rooms and administration office.

20 March 1957

The Zainab School was officially opened by DYMM Al-Sultan and Raja Perempuan Kelantan.
A school hostel was built next to the school which could accommodate 120 students .

1958

Zainab Girls School was divided into Zainab Secondary School and Zainab Primary School.

1966

From then on, more classrooms were built.

1970 

Additional 2 science labs came up.

1973

New hostel block was built to cater for increase number of students living far away.

1975 

2 double-storey blocks of building consisting classrooms,labs and homescience rooms were built beside the school hall.

1982 

Additional 2 blocks double-storey blocks of classrooms were completed.

1993

3 storey building comprising 12 classrooms was completed.

1999

Construction of new science laboratories block and 2 blocks of classrooms and staff rooms started in July 1999. Also the construction of the new sheds and workshop.

Saturday, July 17, 2010

KURSUS PENINGKATAN KERJAYA GURU 2010 DI KL INTERNATIONAL HOTEL , KUALA LUMPUR

Tarikh : 15 - 17 Julai 2010 (Khamis - Sabtu)
Tempat : KL International Hotel, K.Lumpur
Pengisian Program:
1. Lawatan Benchmarking ke SMK Aminuddin Baki, Kg Pandan.
2. Ceramah 1 : P & P Berkesan oleh Pn Ashah bt Samah (Pengarah Kluster, Kementerian Pelajaran Malaysia)
2. Ceramah 2 : Konsep Kendiri Guru oleh Dr Hjh Siti Taniza bt Taha ( Bahagian Kaunseling, Kementerian Pelajaran Malaysia)

Wednesday, July 14, 2010

Gotong Royong Perdana SMKZ(1) 2010

Tarikh : 14 Julai 2010 (Rabu)
Selamat bergotong royong !!!!
Semua murid terlibat dalam menjayakan gotong royong Perdana ini.
 


Sekolah Bersih Murid Ceria

Motivasi Pentadbir SMKZ (1) kepada murid PMR, SPM dan STPM 2010

Barisan sekretariat pentadbir SMKZ(1) telag memberikan motivasi kepada puteri-puteri Semenza supaya terus meningkatkan prestasi pencapaian bagi setiap mata pelajaran. Motivasi ini diadakan ekoran daripada keputusan PKBS2 baru-baru ini yang agak merosot.  Para murid diingatkan supaya belajar bersungguh dan meletakkan target sekurang-kurangnya 6A dalam PKBS3 nanti. Murid yang mendapat 0A di denda supaya lebih bersungguh-sungguh lagi di masa depan.

Pelajar yang mencapai kejayaan Straight A's diberikan Anugerah Bonda . 


Majlis Ceramah Isra' Mi'raj Peringkat Sekolah 2010

Tarikh : 12 Julai 2010 (Isnin)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Laman Info
Penceramah : Ustaz Suratemi bin Mat Yusof (Pegawai Agama Jajahan Kota Bharu)
Sasaran : Semua Warga Semenza

Objektif :
1. Memupuk semangat cintakan Rasulullah saw.
2. Membina sifat-sifat mahmudah dalam diri pelajar
3. Melahirkan pelajar yang suka melakukan amar makruf dan meninggalkan kemungkaran


Bacaan Al Quran oleh Shazwani

Penyamapaian ceramah oleh Ustaz Suratemi

Barisan sekretariat pentadbir Semenza

Membina Modal Insan Cemerlang Dunia dan Akhirat

Sunday, July 11, 2010

Esok Majlis Ceramah Isra' Mi'raj Peringkat Sekolah 2010

Insyaallah majlis ceramah ini akan diadakan bermula jam 8.00 - 9.15 pagi di Laman Info.. Semua warga Semenza terlibat dalam majlis ini .

Wednesday, July 7, 2010

Sesi penggambaran majalah The Friend SMKZ1 2010

Sesi penggambaran ini berlangsung selama 2 hari iaitu dari 7 Julai-8 Julai 2010 (Rabu-Khamis)
Bermula daripada penggambaran sekretariat pentadbir, majlis perancang sekolah, badan-badan berunifom, persatuan dan kelab, badan kebajikan staf dan  sehinggalah penggambaran tingkatan 1-6 Atas.



Tuesday, July 6, 2010

Bekas Pengetua


MANTAN PENGETUA

BILNAMATAHUN
1MISS EILEEN PECHE’1937 - 1940
2MRS. JANE BOYLE1940 - 1941
3MISS HELENA SIN (atg)1946
4MRS. JANE BOYLE1946 - 1948
5MISS MURIEL LEICESTER1949 - 1956
6MISS BABARA MARY HALE1956 - 1957
7MDM. SIM SIEU IMM (atg)1957
8MR. TEOH TENG KHOO1958 - 1959
9MISS JEANNET LIM (atg)1960
10MISS KHAW HUI LEE1960
11MR. S.A JOHN (atg)1960 - 1961
12MISS MARY E. BUTLER1961 - 1962
13MRS. S. GILL (atg)1963 - 1964
14MISS E.S DIONG (atg)1964 - 1966
15MRS. J. DAVID (atg)1966
16PN. RAHMAH HJ. HUSSAIN (atg)1966 - 1970
17ENGKU TIK AZIZAH ENGKU ABDULLAH MALEK (atg)1970
18PN. RAHMAN HJ. HUSSEIN1971 - 1973
19PN. HASNAH HJ. SULAIMAN1973 - 1989
20PN. HJH. RAHMAH HJ. HUSSAIN1989 - 1990
21PN. HJH. HALIMAH MALKAN1990 - 1995
22PN. HJH. NOR AZIDAH HJ.AB. AZIZ1995 - 2003
23PN. HJH. ZAINON BT. S. AHMAD2003 - 2004
24PN. HJH. WAN JAH BT. WAN YAACOB2004 - Sekarang

Sunday, July 4, 2010

Hari Koperasi SMK Zainab (1) Tahun 2010

Majlis Perasmian Hari Koperasi Sekolah 2010.
SMK Zainab (1), Sekolah Kluster Kecemerlangan.
Tarikh : 1 Julai 2010 (Khamis)
Tema : Kreativiti, Inovasi.
Perasmi : Pn Hjh Wan Jah bt Wan Yaacob
Tempat : Dewan Semenza
Aktiviti : Jualan Amal

Ucapan Perasmian oleh Pn Hjh Wan Jah Wan Yaacob (Pengetua Cemerlang SMKZ1)



 Puteri Zainab sedang tekun mendengar ucapan perasmian Bonda

 Pengetua sedang menanam pokok sempena hari koperasi.

 Jualan mengumpul dana

 Gerai Puteri Islam

Gerai air Puteri Islam


nRelate - Posts Only