 |
Guru yang diraikan bersama para pentadbir sekolah. |
Tarikh: 31 Jan 2016 (Ahad)
Masa: 7.30 pagi - 9.30 pagi
Tempat: Dewan Perdana Raja Perempuan Zainab
Yang Diraikan : Puan Hjh Ozairah Bt Zakaria
Majlis bermula apabila kumpulan pemain kompang sekolah memasuki dewan pada pukul 7:40 pagi bersama yang diraikan dan para pentadbir dan pengajar sekolah. Majlis seterusnya diteruskan dengan bacaan doa dan ucapan daripada wakil pelajar SMK Zainab iaitu Nurul Suha serta ucapan daripada wakil guru iaitu Pn.Hjh Roslina Yusoff selaku rakan karib beliau. Majlis bersambung dengar ucapan yang dirai, Pn Hjh Ozairah Bt Zakaria. Persembahan khas oleh Fatma Ruhani dan Noroul Sophia serta gimik daripada kelas 5 Amanah diadakan bagi menghargai jasa beliau kerana sudah sekian lama berkhidmat di SMK Zainab. Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah dan sesi fotografi dengan semua warga semenza sebelum majlis berakhir.
 |
Pn.Hjh Ozairah sedang memberikan ucapan yang terakhir kepada semua warga semenza. |
 |
Rakan-rakan seperjuangan sedang memberikan pelukan yang terakhir kepada Pn. Hjh Ozairah. |
 |
Pn. Hjh Ozairah sedang bergambar bersama anak muridnya. |
 |
Sesi bergambar dengan semua guru SMK Zainab |
 |
Puan Pengetua sedang menyampaikan hadiah kepada yang diraikan. |
 |
Yang diraikan sedang diarak masuk oleh kumpulan kompang dan barisan pengawas sekolah. |
No comments:
Post a Comment