Saturday, June 11, 2016

Kursus Kepimpinan Murid 2016

Puan Shakirah sedang menanyakan sesuatu kepada salah seorang pelajar.
Tarikh: 19 Feb 2016 hingga 20 Feb 2016
Tempat: Dewan Perdana Raja Perempuan Zainab
Kumpulan Terlibat : Pemimpin-pemimpin SMK Zainab, Fasilitator dari USM dan bekas pelajar SPM15

Pada hari Jumaat, para pemimpin pelajar SMK Zainab mendaftarkan diri di asrama . Aktiviti pertama yang dilakukan ialah ceramah daripada Puan Norliza yang bertajuk "Communication Skills" di dewan perdana. Dalam ceramah ini, beliau banyak mendedahkan cara-cara untuk berkomunikasi dengan yakin dihadapan orang ramai serta bagaimana untuk berjaya dalam interview. Seterusnya, aktiviti diambil alih oleh para fasi dari USM dan juga selaku MPP di kampus USM dan memulakan aktiviti. Aktiviti pertama ialah 'ice-breaking' dan diikuti dengan aktiviti Mencari Persamaan dan Pertahankan Negara dimana para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada pelajar daripada unit yang berbeza dan perlu saling bekerjasama dalam menjayakan aktiviti dijalankan. Selepas itu, aktivit 'Treasur Hunt' bermula selepas semua pelajar berehat. Dalam aktiviti ini, para pelajar perlu bekerjasama dan perlu menggunakan tenaga, fizikal dan mental masing-masing untuk berjaya. Selesai solat Magrib dan Isyak secara berjemaah bersama para fasi, ceramah yang kedua diteruskan dan disampaikan oleh Pn. Zaharah.
Pada hari berikutnya, ceramah yang terakhir oleh Pn. Shakirah diteruskan dan raptai pelantikan pemimpin sekolah 2016 diadakan serta perasmian penutup Kursus Kepimpinan Murid oleh Pn. Pengetua. Program ini banyak mendedahkan kepada pelajar tentang 'leadership skills' dan sifat-sifat yang perlu ada pada setiap pemimpin pada hari ini.
Para pelajar gembira menjayakan aktiviti Mencari Persamaan.
Para pelajar SMK Zainab sedang khusyuk mendengar ceramah.
Puan Norliza sedang memberikan ceramah bertajuk 'Communication Skills'.
Aktiviti Mempertahankan Negara
Kuanter pendaftaran di hadapan dewan perdana.
Tazkirah yang disampaikan oleh fasi yang terlibat selepas solat Magrib berjemaah sambil menunggu waktu Isyak
Puan Zaharah sedang memberikan ceramah di dewan perdana selepas para pelajar selesai menunaikan solat Isyak.
Ketua Pelajar SMK Zainab sedang memberikan ucapan dalam majlis penutup.
Puan Pengetua sedang memberikan sedikit nasihat serta merasmikan penutupan Kem Kepimpinan Murid tahun 2016.
Para pelajar gembira kerana telah menamatkan kem kepimpinan selama 2 hari di sekolah.
Para pelajar sedang melakukan raptai untuk majlis watikah pelantikan pemimpin murid.
















No comments:

Post a Comment

nRelate - Posts Only