Saturday, June 11, 2016

Majlis Pelantikan Pengawas Pusat Sumber dan Perasmian Read Semenza dan Nilam 2016

Tarikh: 23 Feb 2016 (Selasa)
Masa: 7.40 pagi - 1.00 tengah hari
Tempat: Dewan Perdana Raja Perempuan Zainab 
Perasmian/Penceramah: Mr. Andrew Nicholas William

Semua warga Semenza berkumpul di Dewan Perdana pada jam 7:40 pagi. Tepat jam 8 pagi, Ustaz Yusof membacakan doa dan menandakan majlis perlantikan bermula. Ucapan alu-aluan dimulakan oleh Pengetua Cemerlang SMK Zainab, Pn. Norasimah bt. Abdul Rashid dan diikuti ucapan perasmian majlis oleh Mr. Andrew Nicholas. Seterusnya, wakil murid SMK Zainab iaitu Siti Umairah Bt. Abdul Rahim Wang membacakan sinopsis buku berjudul 'The Defoddile'. Aktiviti majlis seterusnya pula ialah penyampaian watikah kepada semua pengawas Pusat Sumber Sekolah dan diikuti dengan bacaan ikrar oleh Pengerusi Pengawas Pusat Sumber.
Sebelum majlis berakhir, penyampaian cenderamata kepada tetamu jemputan iaitu Mr.Andrew Nicholas William.

Pada pukul 9:40 pagi, program Read Semenza berlansung dan semua pelajar SMK Zainab terlibat dengan program ini. Dalam program ini, setiap kelas dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 perlu menghantar wakil bagi membacakan 'book review' dihadapan semua pelajar. Majlis tamat pada jam 1 tengah hari. Semua pelajar masuk ke kelas bagi menyambung pelajaran masing-masing.

Mr.Andrew Nicholas William sedang menyampaikan ucapan kepada pelajar SMK Zainab.
Mr. Andrew sedang menyampaikan hadiah kepada pelajar yang memenangi pertandingan nilam.
Mr. Andrew sedang menurunkan tandatangannya bagi merasmikan majlis pelantikan pengawas PSS.
Siti Umairah Bt. Abdul Rahim Wang, wakil pelajar SMK Zainab sedang membacakan sinopsis buku berjudul 'The Defoddile'.
Puan Pengetua bersama guru Pusat Sumber Sekolah sedang menyaksikan Mr.Andrew menurunkan tandatangannya.
Mr.Andrew sedang menyampaikan watikah pelantikan kepada pengerusi pegawas pusat sumber sekolah. 
Semua pengawas PSS sedang membaca ikrar yang diketuai oleh pengerusinya.

No comments:

Post a Comment

nRelate - Posts Only