Saturday, June 11, 2016

Majlis Pelantikan Pemimpin Murid


Tarikh: 21 Feb 2016 (Ahad)
Masa: 7.40 pagi - 8.40 pagi
Tempat: Dewan Perdana Raja Perempuan Zainab
Perasmi : Pn. Norasimah Bt Abdul Rashid

Seperti biasa, bagi memulakan suatu majlis, doa perlu dibacakan agar mendapat keberkatan daripada-Nya, Insya Allah. Majlis seterusnya diikuti dengan ucapan daripada Pengetua SMK Zainab, selaku perasmi dalam majlis ini. Dalam ucapannya, beliau memberi kata-kata semangat kepada bakal pemimpin negara kelak dan menasihat agar selalu mengutamakan akademik dan sahsiah diri bagi menjadi seorang pemimpin yang hebat. Majlis seterusnya diteruskan dengan menyampaikan watikah pelantikan kepada semua pengerusi dari setiap unit iaitu Majlis Ketua Tingkatan, Briged Siber, Pengawas Asrama, Pengawas SPBT, PRS dan Pengawas Sekolah dan bacaan ikrar oleh pemimpin-pemimpin murid yang terdiri daripada Exco tertinggi dari setiap unit. Majlis berakhir pada jam 8:40 pagi.

Puan Pengetua menyampaikan watikah pelantikan kepada salah seorang daripada Majlis Tertinggi Briged Siber 

Puan Pengetua menyampaikan watikah pelantikan kepada salah seorang bakal pemimpin kelak. Insya Allah.


Bacaan ikrar yang diketuai oleh pengerusi daripada setiap unit.

Unit PRS dan Majlis Ketua Tingkatan

Pengetua bersama Penolong Ketua Asrama SMK Zainab


Unit Briged Siber, Pengawas SPBT dan Pengawas Asrama






No comments:

Post a Comment

nRelate - Posts Only