Sunday, January 17, 2016

Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 Sesi 2016



Tarikh : 02 Januari 2016 (Sabtu)
Masa : 8.00 - 12.00 tengah hari
Perasmian oleh : Pn. Norasimah Bt Abdul Rasid

Majlis ini bermula apabila kesemua ibu bapa murid tingkatan 1 masuk ke dewan dan diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku, Selamat Sultan dan lagu sekolah. Doa dibacakan sejurus selesai menyanyikan lagu-lagu Negaraku dan sebagainya bagi memberkati majlis tersebut.  Pengetua memberi ucapan alu-aluan dan juga menceritakan sejarah sekolah menengah Zainab - bagaimana ia tertubuh dan sebagainya hingga kepada kejayaan yang telah dirangkul oleh SMK Zainab dalam aspek akademik mahupun kokurikulum. Pengetua juga telah memberitahu peraturan-peraturan sekolah yang perlu diikuti dan dipatuhi oleh pelajar tingkatan 1. Pengetua juga memperkenalkan program DLP (Dual Language Programs) kepada ibu bapa dimana ibu bapa boleh memilih sama ada ingin membenarkan anak-anak mereka mengikuti program ini atau sebaliknya. DLP merupakan program yang dianjurkan oleh kerajaan Malaysia untuk mengukuhkan lagi penggunaan bahasa Inggeris disekolah yang terpilih di seluruh Malaysia melalui pengajaran dan pembelajaran subjek Sains, Matematik, Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Reka Bentuk dan Teknologi dalam dua bahasa iaitu bahasa Malaysia atau bahasa Inggeris. Perlaksanaan program ini sejajar dengan usaha mengukuhkan bahasa Inggeris di bawah dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI). Ketika majlis pendaftaran pelajar tingkatan 1 berlansung, pelajar tingkatan 2 hingga 6 SMK Zainab juga hadir ke sekolah untuk mendaftar dan diikuti dengan membersihkan kelas masing-masing sebelum memulakan pembelajaran keesokkannya.

Ibu bapa pelajar tingkatan 1 sedang mendengar ucapan daripada pengetua SMK Zainab. 

Pengetua SMK Zainab sedang memberi penerangan tentang program DLP yang bakal dilaksanakan di sekolah sekiranya mendapat sambutan daripada ibu bapa yang hadir.

















No comments:

Post a Comment

nRelate - Posts Only