Thursday, February 17, 2011

Hilangnya Sebutir Bintang Yang Bergemerlipan di SMKZ1...

Tanggal 16 Februari 2011 (Rabu) sehari selepas tarikh Maulidur Rasul  2011, Pn Hjh Wan Yah bt Wan Jaafar seorang guru mata pelajaran Sejarah (1955 - 2011) telah kembali menemui Allah SWT. Di waktu pagi hari tersebut Pn Hjh Wan Yah telah dimasukkan ke wad kecemasan kerana tidak sedarkan diri dan petangnya lebih kurang jam 4.30 beliau telah menghembuskan nafas yang terakhir di Hospital Sultanah Zainab , Kota Bharu.

Arwah merupakan seorang guru yang amat dedikasi dalam mendidik pelajar. Beliau juga menggunakan seluruh tenaganya untuk memastikan mata pelajaran Sejarah sentiasa meningkat di SMK Zainab (1) khususnya dan di Kelantan umumnya..Buktinya beliau sentiasa menerima jemputan ceramah kecemerlangan di seluruh negeri Kelantan.

Pn Hjh Wan Yah  seorang yang amat pemurah dalam persahabatan . Beliau sentiasa membuat jamuan di sekolah demi untuk mengeratkan lagi hubungan sesama rakan sekerja. Semua warga Zainab amat terasa akan kehilangannya..Semoga ruhnya dicucuri Rahmat Allah SWT dan semoga beliau ditempatkan bersama dengan orang-orang mukmin di syurga.

Pihak Badan Kebajikan Staf sebelum ini telah merancang untuk melaksanakan majlis persaraan Pn Hjh Wan Yah hujung tahun nanti tapi semuanya dalam perancangan Allah SWT..beliau pergi terlebih dahulu. Semua warga Zainab bersedih atas pemergiannya dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Sebagai mengingati segala jasa Allahyarham , pihak sekolah telah mengadakan majlis bacaan Yaasin bersama pelajar di Laman Info dan mengadakan kutipan derma kilat sebagai sumbangan kepada keluarganya dan pihak Badan Kebajikan Staf juga telah menyumbangkan sedikit derma kepada keluarga arwah.


                                            Arwah Pn Hjh Wan Yah . Al Faatihah..

                           Majlis bacaan Yaasin diadakan pada 17 Februari di Laman Info

No comments:

Post a Comment

nRelate - Posts Only