Thursday, June 17, 2010

Hari ini bermula Kelas Tambahan Musim cuti pertengahan tahun 2010 di Semenza

Insyaallah hari ini semua pelajar akan menghadiri kelas tambahan musim cuti di SMKZ (1) . Semua tingkatan terlibat . Pelajar Tingkatan 1,2 dan 4 akan menghadiri kelas tambahan biasa manakala tingkatan 3, 5 dan 6 atas akan menghadiri kem teknik menjawab soalan PMR, SPM dan STPM. Harapan pihak sekolah agar kelas-kelas tambahan ini akan berjalan dengan lancar insyaallah.

Tuesday, June 8, 2010

Selamat Bercuti semua Guru dan Pelajar SMK Zainab (1)

Semua pelajar SMK Zainab (1) mula bercuti pada 3 Jun lepas. Nampaknya kali ini pelajar betul2 bercuti kerana kelas tambahan Semarak Study hanya akan diadakan pada 18 dan 19 Jun nanti (Jumaat dan Sabtu) iaitu 2 hari sebelum sekolah dibuka.
Ada beberapa program yang dijalankan di Semenza semasa cuti sekolah antaranya ialah Kursus St John Ambulans selama dua hari bermula 4 - 5 Jun (Sabtu - Ahad). Kursus ini akan diselia oleh Pn Nurmi Aiza Ab Rashid, Pn Ramizah Hassan Hilmi, En Zawawi dan Pn Nik Zulina. Kursus ini amat penting kepada semua ahli St John.
Sementara itu pada 9 dan 10 Jun pula Peperiksaan PTK akan berlangsung di Dewan Semenza. Semua guru yang akan mengikuti peperiksaan ini jangan lupa bawa slip periksa dan kad pengenalan ya..Harap2 semua guru berjaya dalam PTK kali ini..Insyal-Allah

Wednesday, June 2, 2010

Taklimat Majlis Guru Cemerlang di PPDKB

 Taklimat oleh Ketua Guru Cemerlang 2010 Tn Hj Shamsuddin

Seramai 5 orang guru cemerlang SMKZ1 terlibat dalam majlis GC yang diadakan di Pejabat Pelajaran Daerah Kota Bharu. Antaranya ialah Tn Hj Aziz bin Mohamed, Tn Hj Ab Aziz Wahab, Tn Hj Seh Wali bin Pa, Pn Anisah, dan Pn Hjh Eidah Sulaiman. Dalam majlis ini, beberapa orang GC membentangkan hasil dapatan lawatan mereka ke sekolah-sekolah angkat masing-masing di sekitar di Kota Bharu. Semua GC juga diminta membincangkan sekolah-sekolah yang akan dilawati seterusnya dan program yang akan diadakan di sekolah tersebut. Antara program yang akan diadakan adalah progran Asakan Jaya dan Bicara Mata Pelajaran.

nRelate - Posts Only