Tuesday, June 8, 2010

Selamat Bercuti semua Guru dan Pelajar SMK Zainab (1)

Semua pelajar SMK Zainab (1) mula bercuti pada 3 Jun lepas. Nampaknya kali ini pelajar betul2 bercuti kerana kelas tambahan Semarak Study hanya akan diadakan pada 18 dan 19 Jun nanti (Jumaat dan Sabtu) iaitu 2 hari sebelum sekolah dibuka.
Ada beberapa program yang dijalankan di Semenza semasa cuti sekolah antaranya ialah Kursus St John Ambulans selama dua hari bermula 4 - 5 Jun (Sabtu - Ahad). Kursus ini akan diselia oleh Pn Nurmi Aiza Ab Rashid, Pn Ramizah Hassan Hilmi, En Zawawi dan Pn Nik Zulina. Kursus ini amat penting kepada semua ahli St John.
Sementara itu pada 9 dan 10 Jun pula Peperiksaan PTK akan berlangsung di Dewan Semenza. Semua guru yang akan mengikuti peperiksaan ini jangan lupa bawa slip periksa dan kad pengenalan ya..Harap2 semua guru berjaya dalam PTK kali ini..Insyal-Allah

No comments:

Post a Comment

nRelate - Posts Only