Monday, May 31, 2010

Majlis Persaraan Pn Hjh Mariyam Hamid (mantan GK Teknik Vokasional) SMKZ1

Tarikh : 31 Mei 2010 (Isnin)
Tempat  : Dewan Semenza
Masa  :  12 tengah hari
Lama bertugas : 1977 - 2010 (33 tahun)
Personaliti: Seorang guru yang dedikasi, tak banyak cakap tapi tiap kali bercakap mesti ideanya bernas, berperwatakan lembut dan mesra, tidak pernah menampakkan sifat marah , penyabar dan pemurah.

Pesanan terakhir Pn Hjh Mariyam kepada semua pelajar:
Belajar bersungguh supaya berjaya dengan cemerlang kerana kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya dan Pn Hjh Mariyam juga berpesan kepada puteri2 Semenza agar melakukan sesuatu tugas yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab.

Buku program Majlis Persaraan Pn Hjh Mariyam bt Abd Hamid

Ucapan terakhir Pn Hjh Mariyam di SMK. Zainab 1.

Banyaknya hadiah....inilah specialnya jadi cikgu SMKZ1 ..warga penyayang.. (belakang meja tu banyak lagi.)

Hadiah terrristimewa dari Badan Kebajikan Staff Semenza 2010
Sebentuk cincin berlian..tanda persahabatan kekal abadi..

Pn Hjh Mariyam dan sekretariat pentadbiran SMKZ1

Rakan-rakan guru Semenza
Pn Hjh Mariyam diiringi Pn Hjh Wan Jah (pengetua) keluar dari dewan

Pn Hjh Wan Jah Wan Yaacob (pengetua) dan Pn Hjh Mariyam Hamid

Guru Kanan Sains Matematik dan Guru Kanan Bahasa

Sedih nak berpisah..

Lambaian perpisahan tapi bukannya yang terakhir...

Tuai padi antara masak
esok jangan layu-layuan 
Intai kami antara nampak...
esok jangan rindu-rinduan..

JASAMU DI KENANG.. MOGA SEGALA JASA YANG DITABURKAN SEPANJANG PROFESYEN PERGURUAN DIBERKATI ALLAH SWT...

No comments:

Post a Comment

nRelate - Posts Only