Tarikh: 31 Mac 2016 (Khamis)
Masa: 8.30 pagi - 11.30 pagi
Tempat: Dewan Perdana Raja Perempuan Zainab
Perasmian/Penceramah: YBhg Prof Dato' Mortaza Bin Mohamed
Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran pada pukul 8.30 pagi. Pengetua, Puan Norasimah memberikan ucapan. Dalam ucapan itu pengetua ada menyatakan syarat-syarat untuk bergraduasi. Antaranya ialah pelajar SPM wajib mendapat minimum C untuk semua subjek untuk layak bergraduasi. Seterusnya, perasmian iaitu
YBhg Prof Dato' Mortaza Bin Mohamed menyampaikan ucapan. Agenda penyampaian anugerah dan sijil dilangsungkan yang disampaikan oleh YBhg Prof Dato' Mortaza Bin Mohamed diiringi oleh pengetua. Disamping itu, persembahan Choral Speaking turut dilangsungkan. Selain itu, Anugerah Tokoh Kepimpinan diberikan kepada mantan pengetua SMK Zainab, Puan Hajah Hasnah Bt. Sulaiman. Penutup majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh Ustaz Yusof dan pukulan gong.
 |
Ucapan perasmian oleh YBhg Prof Dato' Mortaza Bin Mohamed |
 |
Penyampaian anugerah dan sijil |