Tuesday, November 30, 2010

Mesyuarat2 Guru Semasa Musim Cuti Sekolah 2010

MAKLUMAN UNTUK SEMUA GURU SMKZ (1): MESYUARAT GURU KALI KEDUA

Mesyuarat Guru Kali KEDUA akan diadakan pada 16 Disember 2010  (Khamis)
Semua guru diwajibkan hadir demi  mencemerlangkan lagi SMK Zainab (1) pada tahun hadapan .

Thursday, November 11, 2010

Majlis Makan Malam SMKZ1 2010 Paling Berprestij..

Tarikh : 9 November 2010 (Selasa)
Masa  : 8.00 malam
Tempat : Grand Ballroom , Hotel Renaissance , Kota Bharu, Kelantan

Badan Kebajikan Staf SMKZ1 2010 telah menganjurkan Majlis Makan Malam Semenza di Grand Ballroom, Hotel Renaissance. Majlis makan malam kali ini merupakan majlis makan malam yang paling berprestij kerana pada majlis ini guru dan staf telah mendapat tiga jenis 'door gift' sekali gus . Manakala cabutan bertuah pula bernilai puluhan ribu ringgit yang membuatkan guru dan staf amat teruja.

Banyak cabutan2 bertuah yang menarik dan antara yang paling menarik ialah 2 Pakej Umrah , sofa, cincin berlian, cincin perak, jam tangan, dan kamera digital. Selain itu banyak lagi cabutan2 bertuah yang lain seperti tupperware, periuk nasi, termos, set masakan, pembakar elektrik, vantage, powermax penjimat minyak kereta dan bermacam2 lagi..

                            Penaja utama Annual Dinner 2010 pengetua dan suami
                         Door gift yang disponsor oleh Pengetua
                         Cincin perak untuk guru dan staf lelaki
                       Tokoh Semenza 2010.. Pn Hjh Che Zarah dan Pn Hjh Halimah
                       Insan paling bertuah mendapat pakej umrah..En W Huzaimi dan Adlina
                           Pengetua, PK Hem dan Kak Sham..
                        Antara cabutan2 bertuah ...

Mudah2an tahun depan lebih banyak lagi pakej umrah yang akan di sponsor oleh Pengetua Tersayang...

Sunday, November 7, 2010

Majlis Silaturrahim Murid PMR, SPM dan STPM 2010

Tarikh :  07 November 2010 (Ahad)
Masa  : 1.00 - 3.00 petang
Tempat : Ballroom 2, Hotel Renaissance. Kota Bharu.
Sasaran : Murid Tkn 3, 5 dan 6 Atas

Majlis yang berlangsung dengan harmoni ini bermula pada jam 1 petang dengan ucapan wakil murid, dan diikuti ucapan pengetua, jamuan, persembahan dan cabutan bertuah..Sebanyak 100 hadiah cabutan bertuah disediakan khusus untuk murid2 Semenza .
                    Ustzh Hafizah dan anak2 muridnya
                          Penyambut tetamu
                        Cikgu Nani Afeda dan muridnya
                              GC Biologi Cikgu Ruslina dan muridnya

Majlis berakhir pada jam 3.30 petang..Harapan kami semoga majlis sebegini akan diadakan lagi pada tahun depan dan diharapkan semoga para peserta yang terlibat dengan majlis ini akan lebih menjaga disiplin diri sepanjang majlis berlangsung supaya imej SMKZ1 akan sentiasa terjaga .. Insyaallah..

Friday, November 5, 2010

Selamat Menempuh Peperiksaan Akhir Tahun kepada Murid Tkn 1 & 2

Kepada semua murid Semenza Tkn 1 & 2...selamat menempuh exam akhir tahun 2010 dan pastikan anda mencapai straight A bagi semua subjek . Sesiapa yang besungguh Insyaallah dia akan dapat..

Tuesday, November 2, 2010

SMKZ1 bercuti mulai 3 Nov - 6 Nov 2010

Happy Deepavali kepada semua warga Semenza yang beragama Hindu..warga sekolah akan bercuti mulai 3 Nov (cuti berganti), 4 Nov (cuti mengundi di galas) dan cuti Jumaat Sabtu..

Justeru kepada semua warga Semenza..manfaatkan cuti anda dengan sebaiknya ..kepada semua murid jangan biarkan cuti anda berlalu tanpa membaca buku kerana anda semua sedang berada dalam edah peperiksaan!  Kecuali murid tingkatan 3....

Monday, November 1, 2010

Murid lepasan PMR diperkenalkan dengan mata pelajaran tingkatan 4.

Salah satu daripada program pasca PMR 2010 ialah pengenalan mata pelajaran tingkatan  kepada murid2 lepasan PMR.

Objektif program tersebut ialah supaya murid mendapat pendedahan awal tentang mata pelajaran tingkatan 4, menentukan hala tuju masing-masing dan seterusnya dapat membuat persediaan lebih awal untuk menghadapi peperiksaan SPM 2012 nanti.

Antara mata pelajaran yang di perkenalkan kepada murid ialah mata pelajaran2 kritikan seperti Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan, dan Lukisan Kejuruteraan dan Teknologi Kejuruteraan.

Semoga murid-murid SMKZ1 terus cemerlang dan gemilang dalam peperiksaan-peperiksaan yang bakal dihadapi.Insyaallah.

nRelate - Posts Only