Sunday, October 31, 2010

Cuti Peristiwa sempena Kemenangan Bola Sepak Piala Malaysia 2010

Hari ini semua sekolah di Kelantan telah diberikan cuti peristiwa oleh Menteri besar Kelantan sempena kejayaan pasukan bola sepaknya (RED WARRIOR) menjadi Juara Piala Malaysia 2010  di Bukit Jalil...Harap2 semua maklumat sampai kepada murid, kakitangan dan guru Semenza.

Saturday, October 30, 2010

Ujian PRA SPM 2010

Sekarang ni pelajar2 Tingkatan 5 sedang berjuang dalam ujian PRA SPM bagi semua tajuk...harap2 semua pelajar berjaya mengatasi soalan Pra ini dan seterusnya mara ke peperiksaan yang sebenar dengan ilmu dan persiapan yang betul2 mencukupi....Insyaallah.

Teruskan perjuangan mu wahai puteri2 Semenza...kalian adalah harapan kami semua..

Syukur Alhamdulillah..

Syukur ke hadhrat Allah swt kerana pencapaian pelajar SMKZ1 alam peperiksaan percubaan SPM baru2 ini amat memberansangkan sehingga mendapat tempat ke 3 dalam kalangan sekolah2 seluruh negeri Kelantan. Ini adalah satu pencapaian yang amat membanggakan seluruh warga Semenza. Bonda Pengetua Cemerlang iaitu Puan Hjh Wan Jah Wan Yaacob telah bermurah hati menjamu nasi Beriani kepada semua guru dan pelajar tingkatan 5 pada hari Ahad (24 Oktober) yang lepas sebagai penghargaan atas pencapaian tertinggi ini.
Harapan kami agar pelajar dapat terus mengekalkan prestasi ini dalam peperiksaan SPM yang sebenar nanti.Insyaallah.

" Sentiasa Mengungguli Kilauan Zaman"

Monday, October 25, 2010

Program Ihya Ramadan SMKZ (1) 2010

Program Ihya Ramadan bermula 1 Syawal 1431 H (10 Ogos - 30 Ogos  2010). Antara pengisian program ialah:
1. Ceramah awal Ramadan
2. Bacaan Yasin dan Solat Hajat
3. Pertandingan Kuiz Ramadan dan Menulis Khat
4. Kutipan tabung Ramadan
5. Ceramah Nuzul Al Quran
6. Tadarus Al Quran
7. Majlis Khatam Al Quran
8. Majlis Masih Ada Sayang (sumbangan zakat dan duit raya utk warga Semenza yang memerlukan)


                                Barisan guru perempuan SMK Zainab (1)

  Penyampaian cenderamata kepada Ustazah Tuan Esah sebagai Pembimbing Majlis
  Para pentadbir, YDP PIBG dan murid bergambar bersama-sama

Sunday, October 24, 2010

Program Bicara Iman Khusus untuk memantapkan sahsiah murid Semenza

Program ini dilaksanakan 3 kali iaitu kali pertama untuk tingkatan 5 dan 6, kali kedua tingkatan 3 dan 4 dan kali ketiga tingkatan 1 dan 2. Penceramah jemputan adalah Dr Hjh Hafidzah bt Mustakim iaitu seorang penasihat Raudhatussakinah. Ceramah banyak menyentuh tentang sahsiah sebagai seorang wanita muslim dan perkara-perkara yang perlu dititik beratkan dan dijaga oleh setiap murid dalam pergaulan seharian.



Friday, October 1, 2010

Majlis Pengurusan Tertinggi


PENGETUA

 

Pn Muhanizah binti Mustapha

B. A (Hons)

Penolong Kanan Pentadbiran


Pn Hjh Wan Marina binti Wan Idris
B Sc Ed (Hons)

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid


Pn Hj Hashim bin Mohamad
B. A (Hons)


Penolong Kanan Kokurikulum


En Mokhtar bin Jaafar 
B Eng, Dip. Edu

Penolong Kanan Tingkatan 6


Pn Che Mahani binti Che Ismail

BA Ed (Hons)

Setiausaha


Pn Fatimah binti Ibrahim


Guru Kanan Bahasa


En Wan Huzaimi bin Wan Ahmed

Guru Kanan Sains dan Matematik


Pn Hasenah binti Ishak

Guru Kanan Kemanusiaan


En Aminuddin Zakaria


Guru Kanan Teknik dan Vokasional


Pn Shellelawate bintii Dollah


nRelate - Posts Only