Showing posts with label Persaraan. Show all posts
Showing posts with label Persaraan. Show all posts

Sunday, January 15, 2012

Majlis Persaraan Pn Hjh Che Maheran bt Yaacob

Tarikh : 8 Januari 2012 (Ahad)
Masa : 12 tengah hari
Tempat : Laman Info

Pn Hjh Che Maheran adalah seorang kaunselor di SMKZ1 yang sinonim dengan panggilan mami dalam kalangan murid2 Semenza.

 Mami kaunselor Pn Hjh Che Maheran bt Che Yaacob
 Ucapan perpisahan daripada Mami Kaunselor
 Pn Hjh Che Maheran sedang menerima hadiah kenangan daripada Koperasi Sekolah
 Mama dan Mami...2 orang kaunselor SMKZ1 yang disayangi murid..
 Mami menerima sumbangan istimewa daripada Badan Kebajikan Staf Sekolah iaitu sebuah jam tangan 
 Pengetua SMK Zainab 1 dan Pn Hjh Che Maheran

Jasamu dikenang. Semoga segala sumbangan yang diberikan sepanjang perkhidmatan mami akan diberi ganjaran oleh Allah SWT..

Wednesday, November 16, 2011

Majlis Persaraan Pn Hjh Siti Rosnah bt Ab Rahman

Tarikh : 10 November 2011 (Khamis)
Masa : 11 pagi
Tempat : Laman Info, SMk Zainab (1)



 Penyampaian cenderamata utama - seutas jam tangan
 Bergambar bersama cenderamata daripada SEMENZA
Bergambar bersama barisan pentadbir

"Jasamu dikenang"

Majlis Persaraan Cikgu Ruhana Muhamad

Tarikh : 19 Oktober 2011
Masa : 8 pagi
Tempat : Laman Info, SMK. Zainab (1)

                  Pn Hjh Ruhana sedang memberikan ucapan perpisahan
                Pn Hjh Ruhana sedang menerima cenderamata daripada wakil murid
                 Hadiah daripada pengetua kepada Pn Hjh Ruhana
                   Hadiah istimewa daripada Badan Kebajikan Staf...seutas jam tangan
                  Bergambar kenangan bersama guru perempuan SMKZ1
                            Bersama barisan pentadbir


" Jasamu Dikenang"

Friday, April 8, 2011

Majlis Persaraan Staf En Ab. Hamid (Staf SMKZ1)

Tarikh : 7 April 2011 (Khamis)
Masa : 11.30 pagi
Tempat : Laman Info

                         En Abdul Hamid menerima hadiah daripada guru SMKZ1
                        En Ab Hamid sedang menerima hadiah daripada Staf En Aladdin
                        Hadiah istimewa Badan Kebajikan Staf sebuah jam tangan

Sunday, February 13, 2011

Majlis Persaraan Pn Hjh Che Zarah bt Mat Saman (PK HEM SMKZ1)

Tarikh : 7 Februari 2011 (Isnin)
Masa : 12 tengah hari
Tempat : Laman Info

Pn Hjh Che Zarah merupakan PK HEM SMKZ1 . Beliau telah menabur bakti di sekolah ini selama lebih kurang 31 tahun. Mudah2an segala jasa yang telah ditaburkan oleh beliau akan mendapat ganjaran daripada Allah SWT..SMKZ1 telah kehilangan seorang lagi ustazah yang berkaliber....senyum manis dan ramah mesranya akan terus terlekat di hati sanubari kami semua sepanjang zaman .. jasamu akan terus kami kenang selagi hayat dikandung badan...Insyaallah..



                  Barisan sekretariat SMKZ1
               Ucapan Pn Hjh Che Zarah terakhir di SMKZ1
                  Hadiah daripada UNIT HEM disampaikan oleh SU HEM Pn Hjh Roslina
                  Hadiah daripada Guru2 Kanan disampaikan oleh Pn Hjh Siti Riha (GK Bahasa)
                 Cenderamata Pn Hjh Che Zarah kepada pelajar SMKZ1
                  Pn Hjh Che Zarah seorang PK HEM yang berkaliber
                 Bergambar bersama2 barisan sekretariat SMKZ1
                   Pn Hjh Che Zarah menjamu sahabat2 guru di rumahnya
                Persembahan terakhir pelajar khusus buat PK Hem tersayang


                  "Jasamu akan sentiasa dikenang selagi hayat dikandung badan"

Thursday, January 13, 2011

Majlis Persaraan Pn Hjh Halimah bt Ibrahim (Kak Syam) 6 Januari 2011

Tarikh : 6 Januari 2011 (Khamis)
Tempat : Laman Info


Pn Hjh Halimah merupakan seorang guru Pendidikan Islam yang telah bertugas di SMKZ(1) selama lebih kurang 27 tahun (1986-2011) . Beliau merupakan seorang pendidik yang amat prihatin terhadap anak muridnya. Semoga Allah SWT memberi ganjaran pahala yang besar atas segala jasa2 Kak Syam sepanjang bertugas sebagai pendidik di SMK Zainab (1).







Jika ada sumur di ladang boleh kita menumpang mandi
Jika ada umur yang panjang boleh kita berjumpa lagi...

SELAMAT BERSARA KAK SYAM..

Monday, May 31, 2010

Majlis Persaraan Pn Hjh Mariyam Hamid (mantan GK Teknik Vokasional) SMKZ1

Tarikh : 31 Mei 2010 (Isnin)
Tempat  : Dewan Semenza
Masa  :  12 tengah hari
Lama bertugas : 1977 - 2010 (33 tahun)
Personaliti: Seorang guru yang dedikasi, tak banyak cakap tapi tiap kali bercakap mesti ideanya bernas, berperwatakan lembut dan mesra, tidak pernah menampakkan sifat marah , penyabar dan pemurah.

Pesanan terakhir Pn Hjh Mariyam kepada semua pelajar:
Belajar bersungguh supaya berjaya dengan cemerlang kerana kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya dan Pn Hjh Mariyam juga berpesan kepada puteri2 Semenza agar melakukan sesuatu tugas yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab.

Buku program Majlis Persaraan Pn Hjh Mariyam bt Abd Hamid

Ucapan terakhir Pn Hjh Mariyam di SMK. Zainab 1.

Banyaknya hadiah....inilah specialnya jadi cikgu SMKZ1 ..warga penyayang.. (belakang meja tu banyak lagi.)

Hadiah terrristimewa dari Badan Kebajikan Staff Semenza 2010
Sebentuk cincin berlian..tanda persahabatan kekal abadi..

Pn Hjh Mariyam dan sekretariat pentadbiran SMKZ1

Rakan-rakan guru Semenza
Pn Hjh Mariyam diiringi Pn Hjh Wan Jah (pengetua) keluar dari dewan

Pn Hjh Wan Jah Wan Yaacob (pengetua) dan Pn Hjh Mariyam Hamid

Guru Kanan Sains Matematik dan Guru Kanan Bahasa

Sedih nak berpisah..

Lambaian perpisahan tapi bukannya yang terakhir...

Tuai padi antara masak
esok jangan layu-layuan 
Intai kami antara nampak...
esok jangan rindu-rinduan..

JASAMU DI KENANG.. MOGA SEGALA JASA YANG DITABURKAN SEPANJANG PROFESYEN PERGURUAN DIBERKATI ALLAH SWT...

nRelate - Posts Only