Saturday, July 9, 2011

Hari Keluarga Semenza 2011

Tarikh : 7 Mei 2011 (Sabtu)
Tempat : Perdana Resort , Pantai Cahaya Bulan

Antara gambar2 yang menarik sepanjang Hari Keluarga 2011

 
Pengetua buat teh tarik dan Pengerusi Kelab Guru menggoreng kueh tiaw...satu gandingan yang mantap.
                           Pertandingan mewarna anak2 kecil
             Penyampaian anugerah pelajar cemerlang UPSR, PMR, SPM dan STAM
                            Cabutan Bertuah yang di nanti2kan...
                        Pertandingan merebut kerusi...amat menyeronokkan.

Monday, May 2, 2011

OBJEKTIF SEKOLAH



  • Mendidik dan membantu murid-murid dalam perkembangan fikiran, moral, rohani dan jasmani demi melahirkan insan yang sempurna dan harmonis.
  • Membawa dan mewujudkan iklim sekolah yang sihat dan kondusif.
  • Menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif untuk melahirkan murid yang berpotensi, proaktif, inovatif, kreatif dan kritis.
  • Mewujudkan budaya sekolah ke arah masyarakat berdisiplin, berdikari, penyayang, harmoni dan patriotik.


VISI

Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

MISI

Melahirkan Modal Insan Yang Memiliki Minda Kelas Pertama Melalui Pendidikan Berkualiti dan Budaya Kerja Berprestasi Tinggi Berteraskan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

MOTO

BERUSAHA LUNAS KEJAYAAN
(AMICUS HUMANIS GENERIS)

SLOGAN

SENTIASA MENGUNGGULI KILAUAN ZAMAN

PIAGAM PELANGGAN

 Sekolah ini berjanji memberikan pendidikan berwawasan, berkualiti dan cemerlang dengan kemudahan serta prasarana berkualiti ke arah insan penyayang, seimbang dan kamil.  Sekolah ini juga menawarkan kerjasama dan layanan mesra serta memberi maklumat kepada ibu bapa sepanjang masa. Kebajikan dan keselamatan guru juga diutamakan di samping memberi penghormatan yang wajar dan adil.  Sekolah ini berusaha secara dua hala bekerja dengan mesra dan berkesan dengan Jabatan Pelajaran Negeri, Jabatan Pelajaran Daerah dan semua pihak dalam menuju kecemerlangan dan tiada kecacatan
S

OBJEKTIF SEKOLAH

  1. Mendidik dan membantu murid-murid dalam perkembangan fikiran, moral, rohani dan jasmani demi melahirkan insan yang sempurna dan harmonis
  2. Membawa dan mewujudkan iklim sekolah yang sihat dan kondusif 
  3.  Menyediakan suasana pembelajaran dan pengajaran yang kondusif untuk melahirkan murid yang berpotensi, proaktif, inovatif, kreatif dan kritis.
  4. Mewujudkan budaya sekolah ke arah masyarakat berdisiplin, berdikari, penyayang, harmoni dan patriotik.
  5.  Memperkasa jaringan dan jalinan antarabangsa.




Monday, April 18, 2011

Jamuan Kesyukuran Sempena Kecemerlangan PMR/SPM dan STPM 2010

Tarikh : 14 April 2011 (Khamis)
Masa : 12 tengah hari - 3.00 petang
Jemputan: Pengarah Pelajaran Negeri Kelantan, Pegawai PPDKB, Imam angkat, dan sekolah2 sekitar.
4 ekor lembu telah dikorbankan untuk majlis ini.

Antara gambar2 menarik sepanjang jamuan:






Semoga tahun depan akan berulang lagi kejayaan untuk Warga Semenza Insyaallah

Karnival Sekolah Selamat SMKZ1 2011

Tarikh : 10 - 14 April 2011
Tempat : SMK Zainab (1)
Perasmian Penutup oleh Tn Hj Hussin bin Awang (Pengarah Pelajaran Negeri Kelantan)

Antara aktiviti sepanjang karnival :

1. Pameran Sekolah Selamat
2. Kempen Derma Darah
3. Demonstrasi Anjing Pengesan Dadah
4. Demonstrasi Kebakaran di asrama
5. Pameran SLAD
6. Pemeriksaan Kesihatan
7. Ceramah Kesedaran Keselamatan dll.

Antara sekolah-sekolah yang dijemput untuk menyertai program Karnival Sekolah Selamat adalah SMK Dato Ahmad Maher, Maktab Sultan Ismail, SMK Sultan Ismail, SMKA Naim Lil Banat dan lai-lain lagi sekolah sekitar.

Antara gambar2 menarik sepanjang Karnival Sekolah Selamat 2011

                   Pameran SLAD dan alam sekitar



                     Pameran bahan-bahan buangan yang telah diproses dan digunapakai semula
                    Pemeriksaan kesihatan Tuan Pengarah JPN Kelantan
                    Perasmian Penutup oleh Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Kelantan
              Penyampaian cenderamata kepada pihak2 yang terlibat menjayakan karnival
                       Cenderamata kenangan untuk Tuan Pengarah

Tuesday, April 12, 2011

Lagu Sekolah


Lagu SMK Zainab (1) - Puteri Semenza

Majulah Sekolah Menengah Zainab
Idaman puteri yang bangsawan
Pelbagai bangsa menjadi pelajarnya
Menimba ilmu pengetahuan.

Kami akan terus belajar
Sampai berjaya
Untuk berbakti pada negara
Nusa dan bangsa.

Di bawah pimpinan yang berdisiplin
Harmoni setiap lapisan
Rukun negara menjadi amalan
Membentuk pekerti yang mulia.

Kami pohon kepada Tuhan
Cucuri Rahmat
Kepada guru serta pelajar
Sekolah kami.

Saturday, April 9, 2011

Program Cakna Solat Asrama Siri II 2011

Tarikh : 9 April 2011 (Sabtu)
Masa : 7.30 pagi - 2.00 petang
Tempat : Dewan Terbuka Asrama
Sasaran : 80 orang pelajar Tingkatan 2 dan 3
Penceramah : Ustaz Fikri bin Hamat ( Imam Masjid Muhammadi)
Analisa : Hanya 19 orang sahaja yang cukup solat. 61 orang lagi berjanji akan cuba menunaikan solat dengan sempurna dan cukup pada masa akan datang.

                   Peserta2 Program cakna Solat Siri II
                   Penceramah ustaz Fikri bin Hamat
                  Program Stesyen sedang dijalankan

                    Sedikit ulasan dan komen daripada peserta terbaik program Wan Fadhlin
              Komentar daripada Ustazah Hjh Roslina tentang analisa kaji borang kali selidik
                       Ulasan pelajar tingkatan 4 Jenny..
                        Program stesyen..tunjuk cara solat...

Diharapkan program ini dapat menimbulkan keinsafan dalam diri pelajar dan mengubah sikap mereka  daripada malas kepada rajin menunaikan solat dalam kehidupan seharian mereka. Insyaallah..

nRelate - Posts Only