Saturday, June 11, 2016

Majlis Jasamu Dikenang Pn. Ozairah Bt. Zakaria

Guru yang diraikan bersama para pentadbir sekolah.
Tarikh: 31 Jan 2016 (Ahad)
Masa: 7.30 pagi - 9.30 pagi
Tempat: Dewan Perdana Raja Perempuan Zainab 
Yang Diraikan : Puan Hjh Ozairah Bt Zakaria

Majlis bermula apabila kumpulan pemain kompang sekolah memasuki dewan pada pukul 7:40 pagi bersama yang diraikan dan para pentadbir dan pengajar sekolah. Majlis seterusnya diteruskan dengan bacaan doa dan ucapan daripada wakil pelajar SMK Zainab iaitu Nurul Suha serta ucapan daripada wakil guru iaitu Pn.Hjh Roslina Yusoff selaku rakan karib beliau. Majlis bersambung dengar ucapan yang dirai, Pn Hjh Ozairah Bt Zakaria. Persembahan khas oleh Fatma Ruhani dan Noroul Sophia serta gimik daripada kelas 5 Amanah diadakan bagi menghargai jasa beliau kerana sudah sekian lama berkhidmat di SMK Zainab. Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah dan sesi fotografi dengan semua warga semenza sebelum majlis berakhir.

Pn.Hjh Ozairah sedang memberikan ucapan yang terakhir kepada semua warga semenza.
Rakan-rakan seperjuangan sedang memberikan pelukan yang terakhir kepada Pn. Hjh Ozairah.
Pn. Hjh Ozairah sedang bergambar bersama anak muridnya.
Sesi bergambar dengan semua guru SMK Zainab
Puan Pengetua sedang menyampaikan hadiah kepada yang diraikan.
Yang diraikan sedang diarak masuk oleh kumpulan kompang dan barisan pengawas sekolah.



Majlis Pelancaran Hari Korporat 2016


Tarikh: 24 Januari 2016 (Ahad)
Masa: 7.40 pagi - 8.40 pagi
Perasmi : Pn. Norasimah Bt Abdul Rashid
Tempat: Dewan Perdana Raja Perempuan Zainab

Majlis bermla tepat jam 7:40 pagi dimana semua warga semenza berkumpul di dewan perdana. Murid tingkatan 5 dan 6 mengenakan pakaian korporat sempena dengan majlis yang diadakan. Majlis bermula dengan bacaan doa untuk memberkati majlis. Pengetua SMK Zainab , Pn. Norasimah Bt Abdul Rashid memberikan ucapan dan merasmikan majlis tersebut. Majlis bersurai tepat jam 8 : 40 pagi dan disambung semula pada pukul 1 tengah hari untuk sesi ceramah daripada Dr.Qistina. Sesi ceramah ini hanya melibatkan murid tingkatan 5 dan 6 sahaja dan berakhir pada jam 2:10 petang. Program ini diadakan sekali setiap bulan.


Para pelajar tingkatan 5 dan 6 sedang khusyuk mendengar ucapan daripada pengetua sekolah serta segak berbaju korporat masing-masing.
Pelajar tingkatan 5 bergambar bersama guru kesayangan mereka.






Wednesday, May 18, 2016

Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas dan Pelancaran Bulan Penghayatan Disiplin

Tarikh: 01 Februari 2016 (Isnin)
Masa: 8.00 pagi - 10:00 pagi
Perasmi : SAC Datuk Abdul Rashid B. Hj Abdul Wahab (Timbalan Ketua Polis Kelantan)
Tempat: Dewan Perdana Raja Perempuan Zainab

Pada pukul 7:40 pagi, semua warga Semenza berkumpul di dewan perdana. Tepat jam 8 pagi, dif-dif jemputan bersama pentadbir sekolah masuk ke dewan diiringi paluan kompang. Majlis bermula dengan bacaan doa oleh Ustaz Yusof. Pengetua SMK Zainab memberi ucapan alu-aluan dan memberitahu kepada murid SMK Zainab beberapa ciri yang perlu ada dalam diri seorang pemimpin. Seterusnya , Timbalan Ketua Polis Kelantan,  SAC Datuk Abdul Rashid B Hj Abdul Wahab memberi ucapan. Antara yang terkandung dalam ucapan beliau adalah.Merasmikan majlis. Majlis diteruskan dengan penyampaian watikah pelantikan kepada semua pengawas sekolah. Sesudah itu, Ketua Pelajar, Nurul Suha Bt. mengetuai barisan pengawas sekolah membaca ikrar dengan penuh bersemangat. Majlis diteruskan dengan persembahan koir daripada badan pengawas. Mereka terdiri daripada pengawas tingkatan 3 dan 4 menyanyikan lagu Gemuruh yang dinyanyikan oleh Faizal Tahir. Majlis bersurai tepat jam 10 pagi dan pelajar SMK Zainab masuk ke kelas masing-masing untuk sambung pembelajaran dan pengajaran (PdP).

SAC Datuk Abdul Rashid B. Hj Abdul Wahab sedang menyampaikan watikah kepada salah seorang pengawas sekolah.
Tetamu jemputan sedang memasuki dewan perdana.
Semua pengawas sekolah sedang masuk barisan untuk membaca ikrar.
Pentadbir sekolah bersama tetamu jemputan.
Pameran jenis-jenis di Balai Sakura. 
Sesi bergambar dengan semua pengawas sekolah dan guru-guru yang terlibat.
Bacaan ikrar yang diketuai oleh ketua pelajar, Nurul Suha.


Tuesday, May 3, 2016

MAJLIS GRADUASI SMK ZAINAB KALI KE 2


Tarikh: 31 Mac 2016 (Khamis)
Masa: 8.30 pagi - 11.30 pagi
Tempat: Dewan Perdana Raja Perempuan Zainab 
Perasmian/Penceramah: YBhg Prof Dato' Mortaza Bin Mohamed

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran pada pukul 8.30 pagi. Pengetua, Puan Norasimah memberikan ucapan. Dalam ucapan itu pengetua ada menyatakan syarat-syarat untuk bergraduasi. Antaranya ialah pelajar SPM wajib mendapat minimum C untuk semua subjek untuk layak bergraduasi. Seterusnya, perasmian iaitu  YBhg Prof Dato' Mortaza Bin Mohamed menyampaikan ucapan. Agenda penyampaian anugerah dan sijil dilangsungkan yang disampaikan oleh  YBhg Prof Dato' Mortaza Bin Mohamed diiringi oleh pengetua. Disamping itu, persembahan Choral Speaking turut dilangsungkan. Selain itu, Anugerah Tokoh Kepimpinan diberikan kepada mantan pengetua SMK Zainab, Puan Hajah Hasnah Bt. Sulaiman. Penutup majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh Ustaz Yusof dan pukulan gong.


Ucapan perasmian oleh YBhg Prof Dato' Mortaza Bin Mohamed

Penyampaian anugerah dan sijil











Wednesday, January 27, 2016

MAJLIS PERPISAHAN EN WAN HUZAIMI BIN WAN AHMAD MANTAN GURU KANAN BAHASA




Tarikh: 18 Januari 2016 (Isnin)
Masa: 7.40 pagi - 8.40 pagi
Tempat: Dewan Perdana Raja Perempuan Zainab 
Yang Diraikan Wan Huzaimi Bin Wan Ahmad




Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Yusof. Seterusnya, ketua pelajar iaitu Nurul Suha, wakil pelajar SMK Zainab memberi ucapan atau kata-kata terakhir kepada Encik Wan Huzaimi.Ucapan daripada wakil guru yang begitu rapat dengan Encik Wan Huzaimi, iaitu Encik Aminuddin . Selain itu, pengetua cemerlang iaitu Puan Norasimah Bt Abdul Rashid memberi ucapan yang ringkas tetapi cukup bermakna buat Encik Wan  Huzaimi. Kemudian, diikuti dengan  ucapan yang diraikan kepada semua pelajar.Akhir sekali, penyampaian cenderamata dari pelbagai pihak  yang diiringi Pengetua,Majlis berakhir dengan pantun dan sesi penggambaran.







Thursday, January 21, 2016

Perjumpaan Ibu Bapa Calon SPM 2016


Tarikh : 09 Januari 2016 (Sabtu)
Masa : 8:30 hingga 12 tengah hari
Perasmian/Penceramah oleh : En.Zawawi
Tempat : Dewan Raja Perempuan Zainab

Pada jam 8 pagi, ibu bapa calon SPM 2016 hadir ke sekolah dan mendaftar sebelum memasuki dewan. Majlis bermula tepat jam 8:30 pagi apabila tetamu jemputan memasuki dewan dan seterusnya diikuti dengan bacaan doa untuk memberkati majlis. Selesai doa dibacakan, En. Zawawi dijemput untuk memyampaikan ucapan pembukaan. En.Zawawi juga telah memberi tips-tips kepada ibu bapa calon SPM 2016 dan juga kepada calon SPM tentang bagaimana untuk menjadi pelajar yang cemerlang dunia dan akhirat. En. Zawawi juga menasihati ibu bapa dan pelajar tingkatan 5 supaya makan makanan yang halal sumbernya dan berkhasiat bagi meningkatan kesihatan mental dan fizikal. Setelah selesai ucapan yang disampaikan oleh En. Zawawi, PK Pentadbiran SMK Zainab, Pn. Wan Marina Wan Omar membentangkan pencapaian akademik pelajar tingkatan 5 ketika peperiksaan akhir tahun tingkatan 4 pada tahun 2015. Kemudian diteruskan dengan sesi sumbang saran bagi subjek Matematik Tambahan, Sejarah dan Bahasa Malaysia oleh ketua panitia subjek masing-masing. Ibu bapa dan pelajar tingkatan 5 bersurai pada jam 12 tengah hari.












Monday, January 18, 2016

Latihan Merentas Desa Tahun 2016

Tarikh : 05 Januari 2016 (Selasa)
Masa : 4.00 hingga 5.30 petang
Tempat : Padang Juang Zainab
Perasmian oleh : En. Mokhtar B. Jaafar (PK KO)

OBJEKTIF

  • melahirkan pelajar yang mempunyai kesihatan yang baik
  • memupuk semangat sukan dalam kalangan pelajar

Latihan merentas desa bermula apabila kesemua ahli rumah sukan Alamanda, Camelia, Evergreen dan juga Jacaranda berkumpul. Aktiviti diteruskan dengan senaman panaskan badan oleh pengerusi dari setiap rumah sukan. Setelah selesai panaskan badan, PK KO, En. Mokhtar B. Jaafar memberi sedikit taklimat kepada semua ahli rumah sukan SMK Zainab tentang keselamatan yang perlu dititik beratkan oleh pelajar semasa menjalani latihan merentas desa. Kemudian, pelajar SMK Zainab dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori A(Tingkatan 4 keatas) dan kategori B(Tingkatan 3 kebawah). Setelah selesai, PK KO melepaskan pelajar dari kategori B dahulu dan diikuti dengan kategori A. Latihan merentas desa tamat tepat jam 5.00 petang selepas kesemua pelajar selamat tiba di sekolah. Para pelajar dihidangkan minuman sebelum bersurai jam 5:30 petang.


Pelajar SMK Zainab sedang memanaskan badan sebelum latihan merentas desa










nRelate - Posts Only