Monday, January 18, 2016

Lafaz Aku Janji 2016

Tarikh : 05 Januari 2016 (Selasa)
Masa : 7.20 hingga 7.40 pagi
Tempat : Laman Info SMK Zainab
Perasmian oleh : Pn. Ruslina Hassan

Objektif Majlis

  • Mengingati pelajar tentang peraturan-peraturan sekolah yang perlu dituruti dan dipatuhi
  • Melahirkan pelajar yang berakhlak mulia dan berdisiplin

Majlis bermula apabila semua pelajar SMK Zainab berkumpul di Laman Info tepat jam 7.20 pagi. Setiausaha Disiplin sekolah SMK Zainab, Pn. Ruslina Hassan menerangkan segala peraturan-peraturan sekolah, jenis kesalahan sama ada kesalahan besar, sederhana dan kecil serta hukuman yang bakal diterima oleh pelajar sekiranya melanggar peraturan tersebut. Setelah selesai, majlis diteruskan dengan membaca lafaz Aku Janji yang diketuai oleh Ketua Pelajar SMK Zainab, Nurul Suha. Usai majlis Lafaz Aku Janji, pelajar diminta kembali ke kelas masing-masing untuk meneruskan pembelajaran.

Ketua Pelajar SMK Zainab mengetuai bacaan Lafaz Aku Janji


Pelajar SMK Zainab sedang melafazkan Lafaz Aku Janji




Sunday, January 17, 2016

SOLAT HAJAT PERDANA DAN CERAMAH MAULIDUR RASUL SMKZ 2016


Tarikh - 14 Januari 2016 (Khamis)
Masa - 8.00 - 9.40 pagi
Tempat - Dewan Perdana SMK ZAINAB
Penceramah - Al Fadhil Ustaz Mohd Zulhimi
Tema - Cinta Allah Cinta Rasul

OBJEKTIF 
  • Memohon keberkatan dan rahmat Allah SWT sepanjang tahun
  • Mengeratkan hubungan silaturrahim sesama warga semenza
  • Memupuk semangat cinta akan Rasul
  • Menjadikan pelajar bersemangat untuk mengamalkan sunnah Rasul



Majlis dimulai dengan bacaan yassin dan solat hajat secara berjemaah yang diimami oleh
 Al Fadhil Ustaz Mohd Zulhimi



Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian ceramah maulidur rasul oleh 
Al Fadhil Ustaz Mohd Zulhimi yang bertemakan Cinta Allah Cinta Rasul dan berakhir
 pada jam 9.00 pagi








Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 Sesi 2016



Tarikh : 02 Januari 2016 (Sabtu)
Masa : 8.00 - 12.00 tengah hari
Perasmian oleh : Pn. Norasimah Bt Abdul Rasid

Majlis ini bermula apabila kesemua ibu bapa murid tingkatan 1 masuk ke dewan dan diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku, Selamat Sultan dan lagu sekolah. Doa dibacakan sejurus selesai menyanyikan lagu-lagu Negaraku dan sebagainya bagi memberkati majlis tersebut.  Pengetua memberi ucapan alu-aluan dan juga menceritakan sejarah sekolah menengah Zainab - bagaimana ia tertubuh dan sebagainya hingga kepada kejayaan yang telah dirangkul oleh SMK Zainab dalam aspek akademik mahupun kokurikulum. Pengetua juga telah memberitahu peraturan-peraturan sekolah yang perlu diikuti dan dipatuhi oleh pelajar tingkatan 1. Pengetua juga memperkenalkan program DLP (Dual Language Programs) kepada ibu bapa dimana ibu bapa boleh memilih sama ada ingin membenarkan anak-anak mereka mengikuti program ini atau sebaliknya. DLP merupakan program yang dianjurkan oleh kerajaan Malaysia untuk mengukuhkan lagi penggunaan bahasa Inggeris disekolah yang terpilih di seluruh Malaysia melalui pengajaran dan pembelajaran subjek Sains, Matematik, Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Reka Bentuk dan Teknologi dalam dua bahasa iaitu bahasa Malaysia atau bahasa Inggeris. Perlaksanaan program ini sejajar dengan usaha mengukuhkan bahasa Inggeris di bawah dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI). Ketika majlis pendaftaran pelajar tingkatan 1 berlansung, pelajar tingkatan 2 hingga 6 SMK Zainab juga hadir ke sekolah untuk mendaftar dan diikuti dengan membersihkan kelas masing-masing sebelum memulakan pembelajaran keesokkannya.

Ibu bapa pelajar tingkatan 1 sedang mendengar ucapan daripada pengetua SMK Zainab. 

Pengetua SMK Zainab sedang memberi penerangan tentang program DLP yang bakal dilaksanakan di sekolah sekiranya mendapat sambutan daripada ibu bapa yang hadir.

















Wednesday, January 13, 2016

Gotong Royong Perdana Tahun 2016


Tarikh : 09 Januari 2016 (Sabtu)
Masa : 8.30 hingga 11.00 pagi
Tempat ; Seluruh kawasan sekolah SMK Zainab

Objektif
  • menjadikan kawasan sekolah lebih ceria
  • melahirkan pelajar yang pentingkan kebersihan dan semangat kerjasama dalam melakukan aktiviti(gotong-royong)
Aktiviti bermula apabila pelajar tingkatan 1 hingga 6 kecuali tingkatan 5 berkumpul di Laman Info pada pukul 8 pagi untuk sedikit taklimat daripada guru-guru SMK Zainab. Aktiviti bermula tepat jam 8.30 pagi setelah selesai membahagikan kawasan kepada para pelajar. Semua pelajar saling bekerjasama antara satu sama lain untuk menjadikan kawasan sekolah mereka kelihatan bersih dan ceria. Majlis bersurai pada 11 pagi.











Saturday, July 19, 2014

MAJLIS KHATAM AL-QURAN & PERASMIAN PENUTUP IHYA' RAMADHAN 2014


Tarikh : 20 Julai 2014 bersamaan 22 Ramadhan 1435H (Ahad)
Masa : 8.00 - 9.30 pagi
Tempat : Dewan Perdana SMK Zainab 1
Perasmian oleh : Pn Hjh Wan Marina bt Wan Omar

Objektif program Ihya' Ramadhan adalah untuk menyemai sifat-sifat mahmudah dalam diri murid, membangkitkan rasa cinta dan kasih kepada Allah dan Rasul, memuliakan Ramadhan sebagai bulan penuh rahmat dan memperbanyakkan amalan harian.

Objektif Majlis Khatam Al Quran pula adalah untuk memupuk semangat cintakan Al Quran dan sentiasa bertadarus, membina sifat-sifat mahmudah dalam diri murid selaras dengan ajaran Al Quran.

 Majlis ini disertai oleh 23 orang pelajar yang telah menyempurnakan acara Khatam Al Qur'an dengan dipimpin oleh Pn Hjh Roslina bt Yusoff dan tetamu jemputan Pn Hjh Esah bt Ibrahim.


 Selain dari itu, penyampaian hadiah kepada para pemenang acara yang dipertandingkan sepanjang Program Ihya' Ramadhan juga telah disampaikan oleh Pn Hjh Wan Marina bt Wan Omar. Antara pertandingan tersebut adalah Kuiz, Esei dan sebagainya. Majlis ini dikendalikan sepenuhnya oleh Jawatankuasa Penghayatan Islam dan Takmir Musalla di bawah pimpinan Ustazah Nik Zulina bt Nik Taib. Majlis tamat dalam pukul 9.30 pagi




Tuesday, February 4, 2014

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH 2014

Tarikh : 22 Januari 2014 (Rabu)
Masa : 8.00 - 9.30 pagi
Tempat : Laman Info SMKZ 1
Penceramah : Pn Hjh Dr Hafidzah bt Mustakim

Objektif :
1. Memupuk sifat cinta kepada Allah dan RasulNya
2. Melahirkan pelajar yang suka mengamalkan sunnah Rasulullah SAW
3. Mengeratkan silaturrahim sesama warga Semenza

Majlis dimulai dengan alunan Asmaul Husna. Seterusnya Pn Hjh Dr Hafidzah menyampaikan ceramah tentang keperibadian unggul Rasulullah SAW. Majlis berakhir dengan alunan selawat beramai-ramai dan jamuan khusus untuk penceramah, guru, murid dan semua warga Semenza yang terdiri daripada kakitangan sokongan dan kontrak.

Gambar-gambar menarik sekitar majlis:









MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA DAN BACAAN YASIN SMKZ1 2014

Tarikh : 5 Januari 2014 (Ahad)
Tempat : Laman Info, SMK Zainab (1)

Semua warga Semenza menunaikan solat hajat berjemaah di Laman Info dengan diimami oleh Al Fadhil Ustaz Mohd  Yusof bin Mohamad. Setelah selesai solat hajat berjemaah semua warga membaca Yasin beramai-ramai bagi memohon keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT.

Objektif :
1. Memohon hidayah, keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT untuk warga Semenza
2. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga Semenza
3. Mengharapkan semoga SMKZ1 terus maju dan cemerlang di persada dunia






nRelate - Posts Only