Saturday, June 11, 2016

Program Alumni Anak-Anakku

Tarikh: 25 March 2016 (Sabtu)
Masa: 8.30 pagi - 12.00 tengah hari
Penceramah : Para Alumni SMK Zainab
Tempat: Mussala Az-Zahra
Murid yang terlibat : Semua murid tingkatan 5

Semua murid tingkatan 5 dan juga merupakan calon SPM 2016 berkumpul di mussala. Mereka menunaikan solat sunat Dhuha secara berjemaah bersama ustaz jemputan iaitu Al-Fadhil Ustaz Miqdad. Selesai menunaikan solat sunat dhuha, al-Fadhil Ustaz Miqdad menyampaikan ceramah pagi yang bertajuk 'Aku Hebat'. Antara isi yang terkandung di dalam ceramah beliau ialah. Seterusnya, program diisi dengan ucapan daripada bekas pelajar SMK Zainab iaitu Pn. yang merupakan sorang. Beliau menceritakan tentang bagaimana untuk berjaya serta menceritakan kehidupan di universiti kelak yang bakal dihadapi oleh murid tingkatan 5 apabila berjaya melangkah ke alam universiti. Beliau juga menasihat murid tingkatan 5 agar menyediakan segala keperluan untuk tempuhi kehidupan universiti yang mencabar itu. Tepat jam 12 tengah hari, penyampaian cenderahati kepada penceramah diadakan dan seterusnya murid tingkatan 5 dibekalkan makanan untuk dibawa pulang. Majlis bersurai. 

Majlis Penyampaian Keputusan SPM 2015


Tarikh: 03 Mac 2016 (Khamis)
Masa: 10.30 pagi
Tempat: Dewan Perdana Raja Perempuan Zainab
Penyampai : Pn. Norasimah Bt Abdul Rashid

Tahniah diucapkan kepada sekolah SMK Zainab kerana telah berjaya menghasilkan seramai 14 murid yang mendapat Straight A dalam SPM 2015. Bagi yang kurang berjaya, teruskan usaha lagi untuk berjaya. Jadikan kegagalan ini sebagai suatu pengajaran. Bagi yang berjaya, teruskan lagi dan jangan lupakan kepada semua orang yang telah menolong kamu untuk berjaya. Semoga SPM tahun 2016 akan menghasilkan lebih ramai murid yang mendapat Straight A+. Insya Allah.
Kelihatan ibu bapa dan pelajar tingkatan 5 yang mengambil SPM pada tahun 2015 sedang memenuhi ruang di dalam dewan sebelum majlis bermula.
Puan Pengetua sedang memakaikan mahkota kepada pelajar yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang iaitu Straight A.
Para pentadbir sekolah bergambar bersama Best Student SMK Zainab tahun 2015..
Pelajar yang berjaya memperoleh Straight A dalam SPM tahun 2015.
Para pelajar kelihatan gembira selepas menerima keputusan SPM masing-masing.








Kem Gemilang SPM 2016 Fasa 1

Kelihatan pelajar tingkatan 5 sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan subjek Matematik.
Tarikh: 25 Feb 2016 hingga 27 Feb 2016
Tempat: Asrama SMK Zainab
Kumpulan Terlibat : Semua tenaga pengajar dan pelajar tingkatan 5.
  
Program ini diadakan bagi membantu pelajar tingkatan 5 menghadapi PKBS 1 yang bakal berlangsung dalam masa terdekat. Dalam program ini, pelajar didedahkan dengan teknik menjawab soalan dan tips-tips SPM.
Pelajar tingkatan 5 sedang gembira kerana berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan kepadanya.
Pelajar tingkatan 5 sedang khusyuk mendengar teknik manjawab soalan yang disampaikan oleh guru yang mengajar.
Pelajar sedang mendengar tips-tips yang berkaitan dengan subjek Kimia.

Remaja Elit Bebas Dadah dan Pengurusan Sisa Pepejal

Pelajar yang hadir ketika ceramah ini berlangsung.
Tarikh: 24 Feb 2016 (Rabu)
Masa: 3 PM - 5 PM
Tempat: Dewan Perdana Raja Perempuan Zainab 
Perasmian/Penceramah: Encik Mohd Syahmi Yusop dan Encik Muhd Ruzi B Muhd Selek
Kumpulan Terlibat : Semua pelajar Semenza

Pada jam 3 petang, Encik Mohd Syahmi memulakan majlis sehingga jam 4 petang. Dalam ceramah beliau, beliau telah memperkenalkan jenis-jenis dadah seperti pil kuda, syabu, ganja dan sebagainya. Dalam ceramah ini, beliau benyak menekankan tentang pil kuda kerana remaja sekarang banyak menggunakannya. Beliau bercerita tentang rupa dan sifat pil kuda serta bagaimana pil kuda digunakan dan kesan keatas penggunanya. Beliau juga memberitahu ciri-ciri tempat penagihan dadah dilakukan dan menasihati para pelajar supaya bijak memilih rakan serta menyatakan hukuman keatas para penagih dan pengedarnya.

Aktiviti seterusnya diteruskan pada pukul 4 petang dengan Pengurusan Sisa Pepejal yang disampaikan oleh Encik Muhd Ruzi. Dalam aktiviti itu, beliau memperkenalkan program 3R serta memberitahu cara-cara untuk mengasingkan sampah-sarap. Sebelum aktiviti berakhir, beliau mengadakan kuiz kepada pelajar yang hadir. 

Kempen 3R
Encik Mohd Syahmi sedang menyampaikan ceramah beliau kepada pelajar SMK Zainab.
Encik Muhd Ruzi sedang menyampaikan ceramah tentang kepentingan kitar semula.
En.Syahmi sedang menanyakan sesuatu kepada salah seorang pelajar SMK Zainab
En.Syahmi menyampaikan hadiah kepada para pemenang kuiz. 






Majlis Pelantikan Pengawas Pusat Sumber dan Perasmian Read Semenza dan Nilam 2016

Tarikh: 23 Feb 2016 (Selasa)
Masa: 7.40 pagi - 1.00 tengah hari
Tempat: Dewan Perdana Raja Perempuan Zainab 
Perasmian/Penceramah: Mr. Andrew Nicholas William

Semua warga Semenza berkumpul di Dewan Perdana pada jam 7:40 pagi. Tepat jam 8 pagi, Ustaz Yusof membacakan doa dan menandakan majlis perlantikan bermula. Ucapan alu-aluan dimulakan oleh Pengetua Cemerlang SMK Zainab, Pn. Norasimah bt. Abdul Rashid dan diikuti ucapan perasmian majlis oleh Mr. Andrew Nicholas. Seterusnya, wakil murid SMK Zainab iaitu Siti Umairah Bt. Abdul Rahim Wang membacakan sinopsis buku berjudul 'The Defoddile'. Aktiviti majlis seterusnya pula ialah penyampaian watikah kepada semua pengawas Pusat Sumber Sekolah dan diikuti dengan bacaan ikrar oleh Pengerusi Pengawas Pusat Sumber.
Sebelum majlis berakhir, penyampaian cenderamata kepada tetamu jemputan iaitu Mr.Andrew Nicholas William.

Pada pukul 9:40 pagi, program Read Semenza berlansung dan semua pelajar SMK Zainab terlibat dengan program ini. Dalam program ini, setiap kelas dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 perlu menghantar wakil bagi membacakan 'book review' dihadapan semua pelajar. Majlis tamat pada jam 1 tengah hari. Semua pelajar masuk ke kelas bagi menyambung pelajaran masing-masing.

Mr.Andrew Nicholas William sedang menyampaikan ucapan kepada pelajar SMK Zainab.
Mr. Andrew sedang menyampaikan hadiah kepada pelajar yang memenangi pertandingan nilam.
Mr. Andrew sedang menurunkan tandatangannya bagi merasmikan majlis pelantikan pengawas PSS.
Siti Umairah Bt. Abdul Rahim Wang, wakil pelajar SMK Zainab sedang membacakan sinopsis buku berjudul 'The Defoddile'.
Puan Pengetua bersama guru Pusat Sumber Sekolah sedang menyaksikan Mr.Andrew menurunkan tandatangannya.
Mr.Andrew sedang menyampaikan watikah pelantikan kepada pengerusi pegawas pusat sumber sekolah. 
Semua pengawas PSS sedang membaca ikrar yang diketuai oleh pengerusinya.

Majlis Pelantikan Pemimpin Murid


Tarikh: 21 Feb 2016 (Ahad)
Masa: 7.40 pagi - 8.40 pagi
Tempat: Dewan Perdana Raja Perempuan Zainab
Perasmi : Pn. Norasimah Bt Abdul Rashid

Seperti biasa, bagi memulakan suatu majlis, doa perlu dibacakan agar mendapat keberkatan daripada-Nya, Insya Allah. Majlis seterusnya diikuti dengan ucapan daripada Pengetua SMK Zainab, selaku perasmi dalam majlis ini. Dalam ucapannya, beliau memberi kata-kata semangat kepada bakal pemimpin negara kelak dan menasihat agar selalu mengutamakan akademik dan sahsiah diri bagi menjadi seorang pemimpin yang hebat. Majlis seterusnya diteruskan dengan menyampaikan watikah pelantikan kepada semua pengerusi dari setiap unit iaitu Majlis Ketua Tingkatan, Briged Siber, Pengawas Asrama, Pengawas SPBT, PRS dan Pengawas Sekolah dan bacaan ikrar oleh pemimpin-pemimpin murid yang terdiri daripada Exco tertinggi dari setiap unit. Majlis berakhir pada jam 8:40 pagi.

Puan Pengetua menyampaikan watikah pelantikan kepada salah seorang daripada Majlis Tertinggi Briged Siber 

Puan Pengetua menyampaikan watikah pelantikan kepada salah seorang bakal pemimpin kelak. Insya Allah.


Bacaan ikrar yang diketuai oleh pengerusi daripada setiap unit.

Unit PRS dan Majlis Ketua Tingkatan

Pengetua bersama Penolong Ketua Asrama SMK Zainab


Unit Briged Siber, Pengawas SPBT dan Pengawas Asrama






Kursus Kepimpinan Murid 2016

Puan Shakirah sedang menanyakan sesuatu kepada salah seorang pelajar.
Tarikh: 19 Feb 2016 hingga 20 Feb 2016
Tempat: Dewan Perdana Raja Perempuan Zainab
Kumpulan Terlibat : Pemimpin-pemimpin SMK Zainab, Fasilitator dari USM dan bekas pelajar SPM15

Pada hari Jumaat, para pemimpin pelajar SMK Zainab mendaftarkan diri di asrama . Aktiviti pertama yang dilakukan ialah ceramah daripada Puan Norliza yang bertajuk "Communication Skills" di dewan perdana. Dalam ceramah ini, beliau banyak mendedahkan cara-cara untuk berkomunikasi dengan yakin dihadapan orang ramai serta bagaimana untuk berjaya dalam interview. Seterusnya, aktiviti diambil alih oleh para fasi dari USM dan juga selaku MPP di kampus USM dan memulakan aktiviti. Aktiviti pertama ialah 'ice-breaking' dan diikuti dengan aktiviti Mencari Persamaan dan Pertahankan Negara dimana para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada pelajar daripada unit yang berbeza dan perlu saling bekerjasama dalam menjayakan aktiviti dijalankan. Selepas itu, aktivit 'Treasur Hunt' bermula selepas semua pelajar berehat. Dalam aktiviti ini, para pelajar perlu bekerjasama dan perlu menggunakan tenaga, fizikal dan mental masing-masing untuk berjaya. Selesai solat Magrib dan Isyak secara berjemaah bersama para fasi, ceramah yang kedua diteruskan dan disampaikan oleh Pn. Zaharah.
Pada hari berikutnya, ceramah yang terakhir oleh Pn. Shakirah diteruskan dan raptai pelantikan pemimpin sekolah 2016 diadakan serta perasmian penutup Kursus Kepimpinan Murid oleh Pn. Pengetua. Program ini banyak mendedahkan kepada pelajar tentang 'leadership skills' dan sifat-sifat yang perlu ada pada setiap pemimpin pada hari ini.
Para pelajar gembira menjayakan aktiviti Mencari Persamaan.
Para pelajar SMK Zainab sedang khusyuk mendengar ceramah.
Puan Norliza sedang memberikan ceramah bertajuk 'Communication Skills'.
Aktiviti Mempertahankan Negara
Kuanter pendaftaran di hadapan dewan perdana.
Tazkirah yang disampaikan oleh fasi yang terlibat selepas solat Magrib berjemaah sambil menunggu waktu Isyak
Puan Zaharah sedang memberikan ceramah di dewan perdana selepas para pelajar selesai menunaikan solat Isyak.
Ketua Pelajar SMK Zainab sedang memberikan ucapan dalam majlis penutup.
Puan Pengetua sedang memberikan sedikit nasihat serta merasmikan penutupan Kem Kepimpinan Murid tahun 2016.
Para pelajar gembira kerana telah menamatkan kem kepimpinan selama 2 hari di sekolah.
Para pelajar sedang melakukan raptai untuk majlis watikah pelantikan pemimpin murid.
















Majlis Jasamu Dikenang Pn. Ozairah Bt. Zakaria

Guru yang diraikan bersama para pentadbir sekolah.
Tarikh: 31 Jan 2016 (Ahad)
Masa: 7.30 pagi - 9.30 pagi
Tempat: Dewan Perdana Raja Perempuan Zainab 
Yang Diraikan : Puan Hjh Ozairah Bt Zakaria

Majlis bermula apabila kumpulan pemain kompang sekolah memasuki dewan pada pukul 7:40 pagi bersama yang diraikan dan para pentadbir dan pengajar sekolah. Majlis seterusnya diteruskan dengan bacaan doa dan ucapan daripada wakil pelajar SMK Zainab iaitu Nurul Suha serta ucapan daripada wakil guru iaitu Pn.Hjh Roslina Yusoff selaku rakan karib beliau. Majlis bersambung dengar ucapan yang dirai, Pn Hjh Ozairah Bt Zakaria. Persembahan khas oleh Fatma Ruhani dan Noroul Sophia serta gimik daripada kelas 5 Amanah diadakan bagi menghargai jasa beliau kerana sudah sekian lama berkhidmat di SMK Zainab. Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah dan sesi fotografi dengan semua warga semenza sebelum majlis berakhir.

Pn.Hjh Ozairah sedang memberikan ucapan yang terakhir kepada semua warga semenza.
Rakan-rakan seperjuangan sedang memberikan pelukan yang terakhir kepada Pn. Hjh Ozairah.
Pn. Hjh Ozairah sedang bergambar bersama anak muridnya.
Sesi bergambar dengan semua guru SMK Zainab
Puan Pengetua sedang menyampaikan hadiah kepada yang diraikan.
Yang diraikan sedang diarak masuk oleh kumpulan kompang dan barisan pengawas sekolah.



Majlis Pelancaran Hari Korporat 2016


Tarikh: 24 Januari 2016 (Ahad)
Masa: 7.40 pagi - 8.40 pagi
Perasmi : Pn. Norasimah Bt Abdul Rashid
Tempat: Dewan Perdana Raja Perempuan Zainab

Majlis bermla tepat jam 7:40 pagi dimana semua warga semenza berkumpul di dewan perdana. Murid tingkatan 5 dan 6 mengenakan pakaian korporat sempena dengan majlis yang diadakan. Majlis bermula dengan bacaan doa untuk memberkati majlis. Pengetua SMK Zainab , Pn. Norasimah Bt Abdul Rashid memberikan ucapan dan merasmikan majlis tersebut. Majlis bersurai tepat jam 8 : 40 pagi dan disambung semula pada pukul 1 tengah hari untuk sesi ceramah daripada Dr.Qistina. Sesi ceramah ini hanya melibatkan murid tingkatan 5 dan 6 sahaja dan berakhir pada jam 2:10 petang. Program ini diadakan sekali setiap bulan.


Para pelajar tingkatan 5 dan 6 sedang khusyuk mendengar ucapan daripada pengetua sekolah serta segak berbaju korporat masing-masing.
Pelajar tingkatan 5 bergambar bersama guru kesayangan mereka.






nRelate - Posts Only