Wednesday, May 18, 2016

Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas dan Pelancaran Bulan Penghayatan Disiplin

Tarikh: 01 Februari 2016 (Isnin)
Masa: 8.00 pagi - 10:00 pagi
Perasmi : SAC Datuk Abdul Rashid B. Hj Abdul Wahab (Timbalan Ketua Polis Kelantan)
Tempat: Dewan Perdana Raja Perempuan Zainab

Pada pukul 7:40 pagi, semua warga Semenza berkumpul di dewan perdana. Tepat jam 8 pagi, dif-dif jemputan bersama pentadbir sekolah masuk ke dewan diiringi paluan kompang. Majlis bermula dengan bacaan doa oleh Ustaz Yusof. Pengetua SMK Zainab memberi ucapan alu-aluan dan memberitahu kepada murid SMK Zainab beberapa ciri yang perlu ada dalam diri seorang pemimpin. Seterusnya , Timbalan Ketua Polis Kelantan,  SAC Datuk Abdul Rashid B Hj Abdul Wahab memberi ucapan. Antara yang terkandung dalam ucapan beliau adalah.Merasmikan majlis. Majlis diteruskan dengan penyampaian watikah pelantikan kepada semua pengawas sekolah. Sesudah itu, Ketua Pelajar, Nurul Suha Bt. mengetuai barisan pengawas sekolah membaca ikrar dengan penuh bersemangat. Majlis diteruskan dengan persembahan koir daripada badan pengawas. Mereka terdiri daripada pengawas tingkatan 3 dan 4 menyanyikan lagu Gemuruh yang dinyanyikan oleh Faizal Tahir. Majlis bersurai tepat jam 10 pagi dan pelajar SMK Zainab masuk ke kelas masing-masing untuk sambung pembelajaran dan pengajaran (PdP).

SAC Datuk Abdul Rashid B. Hj Abdul Wahab sedang menyampaikan watikah kepada salah seorang pengawas sekolah.
Tetamu jemputan sedang memasuki dewan perdana.
Semua pengawas sekolah sedang masuk barisan untuk membaca ikrar.
Pentadbir sekolah bersama tetamu jemputan.
Pameran jenis-jenis di Balai Sakura. 
Sesi bergambar dengan semua pengawas sekolah dan guru-guru yang terlibat.
Bacaan ikrar yang diketuai oleh ketua pelajar, Nurul Suha.


Tuesday, May 3, 2016

MAJLIS GRADUASI SMK ZAINAB KALI KE 2


Tarikh: 31 Mac 2016 (Khamis)
Masa: 8.30 pagi - 11.30 pagi
Tempat: Dewan Perdana Raja Perempuan Zainab 
Perasmian/Penceramah: YBhg Prof Dato' Mortaza Bin Mohamed

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran pada pukul 8.30 pagi. Pengetua, Puan Norasimah memberikan ucapan. Dalam ucapan itu pengetua ada menyatakan syarat-syarat untuk bergraduasi. Antaranya ialah pelajar SPM wajib mendapat minimum C untuk semua subjek untuk layak bergraduasi. Seterusnya, perasmian iaitu  YBhg Prof Dato' Mortaza Bin Mohamed menyampaikan ucapan. Agenda penyampaian anugerah dan sijil dilangsungkan yang disampaikan oleh  YBhg Prof Dato' Mortaza Bin Mohamed diiringi oleh pengetua. Disamping itu, persembahan Choral Speaking turut dilangsungkan. Selain itu, Anugerah Tokoh Kepimpinan diberikan kepada mantan pengetua SMK Zainab, Puan Hajah Hasnah Bt. Sulaiman. Penutup majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh Ustaz Yusof dan pukulan gong.


Ucapan perasmian oleh YBhg Prof Dato' Mortaza Bin Mohamed

Penyampaian anugerah dan sijil











nRelate - Posts Only