Wednesday, January 27, 2016

MAJLIS PERPISAHAN EN WAN HUZAIMI BIN WAN AHMAD MANTAN GURU KANAN BAHASA




Tarikh: 18 Januari 2016 (Isnin)
Masa: 7.40 pagi - 8.40 pagi
Tempat: Dewan Perdana Raja Perempuan Zainab 
Yang Diraikan Wan Huzaimi Bin Wan Ahmad




Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Yusof. Seterusnya, ketua pelajar iaitu Nurul Suha, wakil pelajar SMK Zainab memberi ucapan atau kata-kata terakhir kepada Encik Wan Huzaimi.Ucapan daripada wakil guru yang begitu rapat dengan Encik Wan Huzaimi, iaitu Encik Aminuddin . Selain itu, pengetua cemerlang iaitu Puan Norasimah Bt Abdul Rashid memberi ucapan yang ringkas tetapi cukup bermakna buat Encik Wan  Huzaimi. Kemudian, diikuti dengan  ucapan yang diraikan kepada semua pelajar.Akhir sekali, penyampaian cenderamata dari pelbagai pihak  yang diiringi Pengetua,Majlis berakhir dengan pantun dan sesi penggambaran.







Thursday, January 21, 2016

Perjumpaan Ibu Bapa Calon SPM 2016


Tarikh : 09 Januari 2016 (Sabtu)
Masa : 8:30 hingga 12 tengah hari
Perasmian/Penceramah oleh : En.Zawawi
Tempat : Dewan Raja Perempuan Zainab

Pada jam 8 pagi, ibu bapa calon SPM 2016 hadir ke sekolah dan mendaftar sebelum memasuki dewan. Majlis bermula tepat jam 8:30 pagi apabila tetamu jemputan memasuki dewan dan seterusnya diikuti dengan bacaan doa untuk memberkati majlis. Selesai doa dibacakan, En. Zawawi dijemput untuk memyampaikan ucapan pembukaan. En.Zawawi juga telah memberi tips-tips kepada ibu bapa calon SPM 2016 dan juga kepada calon SPM tentang bagaimana untuk menjadi pelajar yang cemerlang dunia dan akhirat. En. Zawawi juga menasihati ibu bapa dan pelajar tingkatan 5 supaya makan makanan yang halal sumbernya dan berkhasiat bagi meningkatan kesihatan mental dan fizikal. Setelah selesai ucapan yang disampaikan oleh En. Zawawi, PK Pentadbiran SMK Zainab, Pn. Wan Marina Wan Omar membentangkan pencapaian akademik pelajar tingkatan 5 ketika peperiksaan akhir tahun tingkatan 4 pada tahun 2015. Kemudian diteruskan dengan sesi sumbang saran bagi subjek Matematik Tambahan, Sejarah dan Bahasa Malaysia oleh ketua panitia subjek masing-masing. Ibu bapa dan pelajar tingkatan 5 bersurai pada jam 12 tengah hari.












Monday, January 18, 2016

Latihan Merentas Desa Tahun 2016

Tarikh : 05 Januari 2016 (Selasa)
Masa : 4.00 hingga 5.30 petang
Tempat : Padang Juang Zainab
Perasmian oleh : En. Mokhtar B. Jaafar (PK KO)

OBJEKTIF

  • melahirkan pelajar yang mempunyai kesihatan yang baik
  • memupuk semangat sukan dalam kalangan pelajar

Latihan merentas desa bermula apabila kesemua ahli rumah sukan Alamanda, Camelia, Evergreen dan juga Jacaranda berkumpul. Aktiviti diteruskan dengan senaman panaskan badan oleh pengerusi dari setiap rumah sukan. Setelah selesai panaskan badan, PK KO, En. Mokhtar B. Jaafar memberi sedikit taklimat kepada semua ahli rumah sukan SMK Zainab tentang keselamatan yang perlu dititik beratkan oleh pelajar semasa menjalani latihan merentas desa. Kemudian, pelajar SMK Zainab dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori A(Tingkatan 4 keatas) dan kategori B(Tingkatan 3 kebawah). Setelah selesai, PK KO melepaskan pelajar dari kategori B dahulu dan diikuti dengan kategori A. Latihan merentas desa tamat tepat jam 5.00 petang selepas kesemua pelajar selamat tiba di sekolah. Para pelajar dihidangkan minuman sebelum bersurai jam 5:30 petang.


Pelajar SMK Zainab sedang memanaskan badan sebelum latihan merentas desa










Lafaz Aku Janji 2016

Tarikh : 05 Januari 2016 (Selasa)
Masa : 7.20 hingga 7.40 pagi
Tempat : Laman Info SMK Zainab
Perasmian oleh : Pn. Ruslina Hassan

Objektif Majlis

  • Mengingati pelajar tentang peraturan-peraturan sekolah yang perlu dituruti dan dipatuhi
  • Melahirkan pelajar yang berakhlak mulia dan berdisiplin

Majlis bermula apabila semua pelajar SMK Zainab berkumpul di Laman Info tepat jam 7.20 pagi. Setiausaha Disiplin sekolah SMK Zainab, Pn. Ruslina Hassan menerangkan segala peraturan-peraturan sekolah, jenis kesalahan sama ada kesalahan besar, sederhana dan kecil serta hukuman yang bakal diterima oleh pelajar sekiranya melanggar peraturan tersebut. Setelah selesai, majlis diteruskan dengan membaca lafaz Aku Janji yang diketuai oleh Ketua Pelajar SMK Zainab, Nurul Suha. Usai majlis Lafaz Aku Janji, pelajar diminta kembali ke kelas masing-masing untuk meneruskan pembelajaran.

Ketua Pelajar SMK Zainab mengetuai bacaan Lafaz Aku Janji


Pelajar SMK Zainab sedang melafazkan Lafaz Aku Janji




Sunday, January 17, 2016

SOLAT HAJAT PERDANA DAN CERAMAH MAULIDUR RASUL SMKZ 2016


Tarikh - 14 Januari 2016 (Khamis)
Masa - 8.00 - 9.40 pagi
Tempat - Dewan Perdana SMK ZAINAB
Penceramah - Al Fadhil Ustaz Mohd Zulhimi
Tema - Cinta Allah Cinta Rasul

OBJEKTIF 
  • Memohon keberkatan dan rahmat Allah SWT sepanjang tahun
  • Mengeratkan hubungan silaturrahim sesama warga semenza
  • Memupuk semangat cinta akan Rasul
  • Menjadikan pelajar bersemangat untuk mengamalkan sunnah Rasul



Majlis dimulai dengan bacaan yassin dan solat hajat secara berjemaah yang diimami oleh
 Al Fadhil Ustaz Mohd Zulhimi



Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian ceramah maulidur rasul oleh 
Al Fadhil Ustaz Mohd Zulhimi yang bertemakan Cinta Allah Cinta Rasul dan berakhir
 pada jam 9.00 pagi








Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 Sesi 2016



Tarikh : 02 Januari 2016 (Sabtu)
Masa : 8.00 - 12.00 tengah hari
Perasmian oleh : Pn. Norasimah Bt Abdul Rasid

Majlis ini bermula apabila kesemua ibu bapa murid tingkatan 1 masuk ke dewan dan diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku, Selamat Sultan dan lagu sekolah. Doa dibacakan sejurus selesai menyanyikan lagu-lagu Negaraku dan sebagainya bagi memberkati majlis tersebut.  Pengetua memberi ucapan alu-aluan dan juga menceritakan sejarah sekolah menengah Zainab - bagaimana ia tertubuh dan sebagainya hingga kepada kejayaan yang telah dirangkul oleh SMK Zainab dalam aspek akademik mahupun kokurikulum. Pengetua juga telah memberitahu peraturan-peraturan sekolah yang perlu diikuti dan dipatuhi oleh pelajar tingkatan 1. Pengetua juga memperkenalkan program DLP (Dual Language Programs) kepada ibu bapa dimana ibu bapa boleh memilih sama ada ingin membenarkan anak-anak mereka mengikuti program ini atau sebaliknya. DLP merupakan program yang dianjurkan oleh kerajaan Malaysia untuk mengukuhkan lagi penggunaan bahasa Inggeris disekolah yang terpilih di seluruh Malaysia melalui pengajaran dan pembelajaran subjek Sains, Matematik, Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Reka Bentuk dan Teknologi dalam dua bahasa iaitu bahasa Malaysia atau bahasa Inggeris. Perlaksanaan program ini sejajar dengan usaha mengukuhkan bahasa Inggeris di bawah dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI). Ketika majlis pendaftaran pelajar tingkatan 1 berlansung, pelajar tingkatan 2 hingga 6 SMK Zainab juga hadir ke sekolah untuk mendaftar dan diikuti dengan membersihkan kelas masing-masing sebelum memulakan pembelajaran keesokkannya.

Ibu bapa pelajar tingkatan 1 sedang mendengar ucapan daripada pengetua SMK Zainab. 

Pengetua SMK Zainab sedang memberi penerangan tentang program DLP yang bakal dilaksanakan di sekolah sekiranya mendapat sambutan daripada ibu bapa yang hadir.

















Wednesday, January 13, 2016

Gotong Royong Perdana Tahun 2016


Tarikh : 09 Januari 2016 (Sabtu)
Masa : 8.30 hingga 11.00 pagi
Tempat ; Seluruh kawasan sekolah SMK Zainab

Objektif
  • menjadikan kawasan sekolah lebih ceria
  • melahirkan pelajar yang pentingkan kebersihan dan semangat kerjasama dalam melakukan aktiviti(gotong-royong)
Aktiviti bermula apabila pelajar tingkatan 1 hingga 6 kecuali tingkatan 5 berkumpul di Laman Info pada pukul 8 pagi untuk sedikit taklimat daripada guru-guru SMK Zainab. Aktiviti bermula tepat jam 8.30 pagi setelah selesai membahagikan kawasan kepada para pelajar. Semua pelajar saling bekerjasama antara satu sama lain untuk menjadikan kawasan sekolah mereka kelihatan bersih dan ceria. Majlis bersurai pada 11 pagi.











nRelate - Posts Only