Monday, August 29, 2011

PIAGAM PELANGGAN


Sekolah ini berjanji memberikan pendidikan berwawasan, bermutu dan cemerlang dengan kemudahan serta prasarana bermutu ke arah insan penyayang, seimbang dan kamil.  Sekolah ini juga menawarkan kerjasama dan layanan mesra serta memberi maklumat kepada ibu bapa sepanjang masa.

Kebajikan dan keselamatan guru juga diutamakan di samping memberi penghormatan yang wajar dan adil.  Sekolah ini berusaha secara dua hala bekerja dengan mesra dan berkesan dengan Jabatan Pelajaran Negeri,  Jabatan Pelajaran Daerah dan semua pihak dalam menuju kecemerlangan dan tiada kecacatan.

Wednesday, August 24, 2011

Program Ihya' Ramadan 2011 di SMKZ1

Tarikh pelaksanaan : 25 Julai - 26 Ogos 2011
Sasaran : Semua warga Zainab

Objektif ;
1. Mengeratkan hubungan silaturrahim sesama warga
2. Memupuk semangat cintakan Allah dan RasulNya
3. Memantapkan iman dan ketaqwaan kepada Allah
4. Memupuk sifat suka tolong menolong antara satu sama lain
5. Memupuk semangat cintakan Al Quran dan menghayati isi kandungannya.

Antara gambar-gambar menarik sepanjang program Ihya' Ramadan:

                 Ahlan Wa sahlan Ramadan Al Mubarak...
                     Bacaan Yasin beramai-ramai di perhimpunan
                                             Ceramah Nuzul Al Quran
                                  Tadarus Al Quran dalam kelas
                  Program masih Ada Yang Sayang - penyampaian zakat dan duit raya
                  Salah seorang pekerja menerima zakat daripada pengetua
                        Sumbangan berbentuk beras, hamper dan lain-lain
                   Majlis Khatam Al Quran diketuai oleh Mantan PKHEM Yb. Pn Hjh Che Zarah
                     Penyampaian sijil kepda peserta Khatam Al Quran
                                    Cenderamata Khas untuk Puan Pengetua
                              Peserta-peserta Khatam Al Quran 2011


nRelate - Posts Only