Monday, April 18, 2011

Jamuan Kesyukuran Sempena Kecemerlangan PMR/SPM dan STPM 2010

Tarikh : 14 April 2011 (Khamis)
Masa : 12 tengah hari - 3.00 petang
Jemputan: Pengarah Pelajaran Negeri Kelantan, Pegawai PPDKB, Imam angkat, dan sekolah2 sekitar.
4 ekor lembu telah dikorbankan untuk majlis ini.

Antara gambar2 menarik sepanjang jamuan:






Semoga tahun depan akan berulang lagi kejayaan untuk Warga Semenza Insyaallah

Karnival Sekolah Selamat SMKZ1 2011

Tarikh : 10 - 14 April 2011
Tempat : SMK Zainab (1)
Perasmian Penutup oleh Tn Hj Hussin bin Awang (Pengarah Pelajaran Negeri Kelantan)

Antara aktiviti sepanjang karnival :

1. Pameran Sekolah Selamat
2. Kempen Derma Darah
3. Demonstrasi Anjing Pengesan Dadah
4. Demonstrasi Kebakaran di asrama
5. Pameran SLAD
6. Pemeriksaan Kesihatan
7. Ceramah Kesedaran Keselamatan dll.

Antara sekolah-sekolah yang dijemput untuk menyertai program Karnival Sekolah Selamat adalah SMK Dato Ahmad Maher, Maktab Sultan Ismail, SMK Sultan Ismail, SMKA Naim Lil Banat dan lai-lain lagi sekolah sekitar.

Antara gambar2 menarik sepanjang Karnival Sekolah Selamat 2011

                   Pameran SLAD dan alam sekitar



                     Pameran bahan-bahan buangan yang telah diproses dan digunapakai semula
                    Pemeriksaan kesihatan Tuan Pengarah JPN Kelantan
                    Perasmian Penutup oleh Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Kelantan
              Penyampaian cenderamata kepada pihak2 yang terlibat menjayakan karnival
                       Cenderamata kenangan untuk Tuan Pengarah

Tuesday, April 12, 2011

Lagu Sekolah


Lagu SMK Zainab (1) - Puteri Semenza

Majulah Sekolah Menengah Zainab
Idaman puteri yang bangsawan
Pelbagai bangsa menjadi pelajarnya
Menimba ilmu pengetahuan.

Kami akan terus belajar
Sampai berjaya
Untuk berbakti pada negara
Nusa dan bangsa.

Di bawah pimpinan yang berdisiplin
Harmoni setiap lapisan
Rukun negara menjadi amalan
Membentuk pekerti yang mulia.

Kami pohon kepada Tuhan
Cucuri Rahmat
Kepada guru serta pelajar
Sekolah kami.

Saturday, April 9, 2011

Program Cakna Solat Asrama Siri II 2011

Tarikh : 9 April 2011 (Sabtu)
Masa : 7.30 pagi - 2.00 petang
Tempat : Dewan Terbuka Asrama
Sasaran : 80 orang pelajar Tingkatan 2 dan 3
Penceramah : Ustaz Fikri bin Hamat ( Imam Masjid Muhammadi)
Analisa : Hanya 19 orang sahaja yang cukup solat. 61 orang lagi berjanji akan cuba menunaikan solat dengan sempurna dan cukup pada masa akan datang.

                   Peserta2 Program cakna Solat Siri II
                   Penceramah ustaz Fikri bin Hamat
                  Program Stesyen sedang dijalankan

                    Sedikit ulasan dan komen daripada peserta terbaik program Wan Fadhlin
              Komentar daripada Ustazah Hjh Roslina tentang analisa kaji borang kali selidik
                       Ulasan pelajar tingkatan 4 Jenny..
                        Program stesyen..tunjuk cara solat...

Diharapkan program ini dapat menimbulkan keinsafan dalam diri pelajar dan mengubah sikap mereka  daripada malas kepada rajin menunaikan solat dalam kehidupan seharian mereka. Insyaallah..

Majlis Perpisahan Puan Norida Anis bt Puteh

Tarikh : 7 April 2011 (Khamis)
Masa : 12.30 tengah hari
Tempat : Laman Info
Sebab perpisahan  : Puan Norida Anis dinaikkan pangkat kepada PK Hal Ehwal Murid di SK. Zainab (2) , sebelah SMK Zainab (1).

                            Pn  Norida Anis bt Puteh sedang mneyampaikan ucapan

                    Hadiah daripada MPT SMK Zainab (1) disampaikan oleh PK Pentadbiran

                Hadiah kenangan utama sebuah jam tangan daripada Badan Kebajikan Staf

                      Kalau ada sumur di ladang boleh kita menumpang mandi,
                      Kalau ada umur yang panjang boleh kita berjumpa lagi.

Friday, April 8, 2011

Majlis Persaraan Staf En Ab. Hamid (Staf SMKZ1)

Tarikh : 7 April 2011 (Khamis)
Masa : 11.30 pagi
Tempat : Laman Info

                         En Abdul Hamid menerima hadiah daripada guru SMKZ1
                        En Ab Hamid sedang menerima hadiah daripada Staf En Aladdin
                        Hadiah istimewa Badan Kebajikan Staf sebuah jam tangan

Majlis Penyampaian Bantuan Kewangan Kepada Pelajar oleh Syarikat TELEPAL.

Tarikh : 7 April 2011 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Laman Info
Perasmi dan Penyampai: En Baharuddin bin Ismail (CEO Syarikat Telepal)
Bilangan penerima bantuan : 31 orang

                     CEO Syarikat En Baharuddin bin Ismail

                  Antara pelajar yang bertuan menerima sumbangan

                   Barisan pentadbir SMKZ1 dan pentadbir Starikat Telepal
                  
                 Pelajar-pelajar yang bertuah menerima sumbangan kewangan ini akan terus menerima bantuan sehingga ke akhir peringkat sekolah menengah.

Majlis Anugerah Stimulan Peperiksaan Akhir Tahun 2010 dan PKBS 1 2011

Tarikh : 7 April 2011 (Khamis)
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Laman Info
Perasmi dan Penyampai Hadiah : Pn Hjh Wan Jah Wan Yaacob (Pengetua Cemerlang SMKZ1)

                  Pengetua sedang menyampaikan sijil anugerah cemerlang


                 Antara pelajar-pelajar paling cemerlang tahun 2010

nRelate - Posts Only