Tuesday, February 22, 2011

Majlis Aku Janji Murid PMR, SPM dan STPM 2011

Tarikh : 20 Februari 2011 (Ahad)
Masa  : 8.45 pagi
Tempat : Laman Info
Sasaran : Murid Tingkatan 3, 5 dan 6 Atas
Perasmi : Pn Hjh Wan Jah bt Wan Yaacob (Pengetua Cemerlang SMKZ1)
Target PMR 2011 : CGPA 1.10

                       Ucapan perasmian oleh Pengetua SMKZ1


              Barisan guru yang mengajar kelas peperiksaan

                 Murid sedang menerima borang aku janji daripada pengetua
                 Ketua murid mengetuai bacaan lafaz aku janji

Semenza Sentiasa Mengungguli Kilauan Zaman

Saturday, February 19, 2011

Thursday, February 17, 2011

Hilangnya Sebutir Bintang Yang Bergemerlipan di SMKZ1...

Tanggal 16 Februari 2011 (Rabu) sehari selepas tarikh Maulidur Rasul  2011, Pn Hjh Wan Yah bt Wan Jaafar seorang guru mata pelajaran Sejarah (1955 - 2011) telah kembali menemui Allah SWT. Di waktu pagi hari tersebut Pn Hjh Wan Yah telah dimasukkan ke wad kecemasan kerana tidak sedarkan diri dan petangnya lebih kurang jam 4.30 beliau telah menghembuskan nafas yang terakhir di Hospital Sultanah Zainab , Kota Bharu.

Arwah merupakan seorang guru yang amat dedikasi dalam mendidik pelajar. Beliau juga menggunakan seluruh tenaganya untuk memastikan mata pelajaran Sejarah sentiasa meningkat di SMK Zainab (1) khususnya dan di Kelantan umumnya..Buktinya beliau sentiasa menerima jemputan ceramah kecemerlangan di seluruh negeri Kelantan.

Pn Hjh Wan Yah  seorang yang amat pemurah dalam persahabatan . Beliau sentiasa membuat jamuan di sekolah demi untuk mengeratkan lagi hubungan sesama rakan sekerja. Semua warga Zainab amat terasa akan kehilangannya..Semoga ruhnya dicucuri Rahmat Allah SWT dan semoga beliau ditempatkan bersama dengan orang-orang mukmin di syurga.

Pihak Badan Kebajikan Staf sebelum ini telah merancang untuk melaksanakan majlis persaraan Pn Hjh Wan Yah hujung tahun nanti tapi semuanya dalam perancangan Allah SWT..beliau pergi terlebih dahulu. Semua warga Zainab bersedih atas pemergiannya dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Sebagai mengingati segala jasa Allahyarham , pihak sekolah telah mengadakan majlis bacaan Yaasin bersama pelajar di Laman Info dan mengadakan kutipan derma kilat sebagai sumbangan kepada keluarganya dan pihak Badan Kebajikan Staf juga telah menyumbangkan sedikit derma kepada keluarga arwah.


                                            Arwah Pn Hjh Wan Yah . Al Faatihah..

                           Majlis bacaan Yaasin diadakan pada 17 Februari di Laman Info

Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 2011 / 1432 H

Tarikh : 14 Februari 2011 (Isnin)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Laman Info
Penceramah : Ustaz Suratemi Mat Yusof (Pegawai Agama JHEAIK)

Objektif:
1. Menyemarakkan rasa cinta kepada Rasulullah saw.
2. Mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan seharian
3. membentuk sifat2 mahmudah dalam diri murid

                      Penceramah Ust Suratemi Mat Yusof


                       Bunga rampai
                     Guru-guru lelaki berselawat di atas pentas
                Selawat beramai-ramai

                   Penyampaian cenderamata daripada SMKZ1

Sunday, February 13, 2011

Majlis Persaraan Pn Hjh Che Zarah bt Mat Saman (PK HEM SMKZ1)

Tarikh : 7 Februari 2011 (Isnin)
Masa : 12 tengah hari
Tempat : Laman Info

Pn Hjh Che Zarah merupakan PK HEM SMKZ1 . Beliau telah menabur bakti di sekolah ini selama lebih kurang 31 tahun. Mudah2an segala jasa yang telah ditaburkan oleh beliau akan mendapat ganjaran daripada Allah SWT..SMKZ1 telah kehilangan seorang lagi ustazah yang berkaliber....senyum manis dan ramah mesranya akan terus terlekat di hati sanubari kami semua sepanjang zaman .. jasamu akan terus kami kenang selagi hayat dikandung badan...Insyaallah..



                  Barisan sekretariat SMKZ1
               Ucapan Pn Hjh Che Zarah terakhir di SMKZ1
                  Hadiah daripada UNIT HEM disampaikan oleh SU HEM Pn Hjh Roslina
                  Hadiah daripada Guru2 Kanan disampaikan oleh Pn Hjh Siti Riha (GK Bahasa)
                 Cenderamata Pn Hjh Che Zarah kepada pelajar SMKZ1
                  Pn Hjh Che Zarah seorang PK HEM yang berkaliber
                 Bergambar bersama2 barisan sekretariat SMKZ1
                   Pn Hjh Che Zarah menjamu sahabat2 guru di rumahnya
                Persembahan terakhir pelajar khusus buat PK Hem tersayang


                  "Jasamu akan sentiasa dikenang selagi hayat dikandung badan"

nRelate - Posts Only