Monday, May 31, 2010

Majlis Persaraan Pn Hjh Mariyam Hamid (mantan GK Teknik Vokasional) SMKZ1

Tarikh : 31 Mei 2010 (Isnin)
Tempat  : Dewan Semenza
Masa  :  12 tengah hari
Lama bertugas : 1977 - 2010 (33 tahun)
Personaliti: Seorang guru yang dedikasi, tak banyak cakap tapi tiap kali bercakap mesti ideanya bernas, berperwatakan lembut dan mesra, tidak pernah menampakkan sifat marah , penyabar dan pemurah.

Pesanan terakhir Pn Hjh Mariyam kepada semua pelajar:
Belajar bersungguh supaya berjaya dengan cemerlang kerana kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya dan Pn Hjh Mariyam juga berpesan kepada puteri2 Semenza agar melakukan sesuatu tugas yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab.

Buku program Majlis Persaraan Pn Hjh Mariyam bt Abd Hamid

Ucapan terakhir Pn Hjh Mariyam di SMK. Zainab 1.

Banyaknya hadiah....inilah specialnya jadi cikgu SMKZ1 ..warga penyayang.. (belakang meja tu banyak lagi.)

Hadiah terrristimewa dari Badan Kebajikan Staff Semenza 2010
Sebentuk cincin berlian..tanda persahabatan kekal abadi..

Pn Hjh Mariyam dan sekretariat pentadbiran SMKZ1

Rakan-rakan guru Semenza
Pn Hjh Mariyam diiringi Pn Hjh Wan Jah (pengetua) keluar dari dewan

Pn Hjh Wan Jah Wan Yaacob (pengetua) dan Pn Hjh Mariyam Hamid

Guru Kanan Sains Matematik dan Guru Kanan Bahasa

Sedih nak berpisah..

Lambaian perpisahan tapi bukannya yang terakhir...

Tuai padi antara masak
esok jangan layu-layuan 
Intai kami antara nampak...
esok jangan rindu-rinduan..

JASAMU DI KENANG.. MOGA SEGALA JASA YANG DITABURKAN SEPANJANG PROFESYEN PERGURUAN DIBERKATI ALLAH SWT...

Tuesday, May 25, 2010

Majlis Persaraan Pn Hjh Mariyam Hamid (mantan GK Teknik Vokasional) SMKZ1

Insyaallah SMKZ1 akan mengadakan majlis persaraan ini secara besar-besaran minggu depan dengan disertai oleh semua warga Zainab 1. Majlis akan bermula pada jam 12 tengah hari dan berakhir dengan menghantar Pn Hjh Mariyam Hamid ke rumahnya di Kubang Kerian pada jam 2 petang. Harap-harap semuanya berjalan lancar. Insyaallah.(gambar-gambar majlis tersebut akan dipaparkan pd n3 minggu depan)

Saturday, May 22, 2010

Gambar-gambar menarik sekitar Kejohanan Olahraga Tahunan SMKZ1 Kali ke 56 2010






Perasmian oleh Pn Ashah bt Samah (Pengarah SBP dan Sekolah Kluster)






Persembahan rumah sukan Allamanda




Lawatan YBhg.Tan Sri Dato Sri Panglima Dr Hj Ab Rahman Arshad (Penasihat Sekolah Kluster) ke SMKZ (1)

Tarikh : 15 April 2010 (Khamis)

Semua warga Semenza amat bangga dan gembira dengan kehadiran Ybhg.Tan Sri Dato Sri Panglima Dr Hj Abd. Rahman Arshad (Penasihat Sekolah Kluster) ke SMK. Zainab (1) . Mudah-mudahan jalan ke arah mencapai SBT bagi SMKZ (1) semakin terbentang luas. Insyaallah dan mudah-mudahan cita-cita Pengetua SMKZ(1) untuk menjadikan Semenza sebagai SBT akan dimakbulkan Allah.


Semasa lawatan tersebut Tan Sri dihidangkan dengan persembahan Gamelan, Hoki dan Choral Speaking (hoki dan bahasa inggeris merupakan niche area SMKZ1).

Pemain Hoki sedang membuat persembahan


Persembahan gamelan


Tan Sri bergambar dengan sektetariat pentadbiran SMK Zainab (1)

Majlis Anugerah Sinar Wawasan 2010

ANUGERAH KEPADA PELAJAR CEMERLANG 2009


Tarikh : 24 April 2010 (Sabtu)

Tempat : Dewan Semenza

Perasmi : Dato Hjh Noorizan bt Bapoo Hashim

(Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia)

Operasi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia

Persembahan Pelajar:

Choral Speaking - Koir - Hoki - Formula One


SMK Zainab (1) Sentiasa Mengungguli Kilauan Zaman

Hari Guru di SMKZ1 2010

Tarikh : 17 mei 2010 (Isnin)

Pelbagai program menarik diadakan.. antaranya acara dewan seperti persembahan pelajar dan guru, pertandingan antara guru seperti lipat kain untuk guru lelaki, kupas kulit epal, menggubah buah tembikai, memasak telor masak separuh, membuat sandwich dan lain-lain lagi.

Pertandingan menggubah tembikai


Pertandingan membuat sandwich...emm bestnya sandwich tuna.


Pertandingan kupas kulit epal tak putus-putus


Acara dewan potong kek Hari Guru

Hari Keluarga Semenza 2010 di Seri Tujoh Resort, Tumpat.

Tarikh : 15 Mei 2010 (Sabtu)

Tempat : Seri Tujoh Resort, Tumpat.

Aktiviti hari keluarga :

- Boling kelapa

- Pertandingan cekoh durian

- Pertandingan tiup belon rahsia

- Pertandingan bawa bola ping pong dalam sudu

- Anugerah anak cemerlang

- Barbeque dll

- Paling menarik pertandingan rebut coklat.

Majlis Anugerah Stimulan dan Hari Bertemu Pelanggan Semenza Kali Pertama 2010

Tarikh : 10 dan 11 Mei 2010 (Isnin dan Selasa)
Masa : 12 tengah hari
Tempat : Dewan Semenza
Aktiviti :
1. Penyampaian anugerah Stimulan kepada pelajar cemerlang 2009
2. Konsultasi antara ibu bapa dan guru berkenaan pencapaian anak-anak Semenza dalam PKBS1


Ucapan pembukaan majlis oleh Pengetua Cemerlang Pn Hjh Wan Jah bt Wan Yaacob

Penyampaian Anugerah Emas kepada pelajar cemerlang

Penyampaian Anugerah Perak

Konsultasi antara ibu bapa dan guru berkenaan pelajaran anak-anak

nRelate - Posts Only